Pengurusan Kod Fail

Semua semakan dan pendaftaran kod fail Universiti diminta untuk merujuk ke Pejabat Bhg. Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar. Ini bagi memastikan kod-kod fail yang didaftarkan adalah seragam dan mudah dibuat semakan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan staf bertugas di talian 07-5530051/30172. Maklumat lanjut…..

Pengurusan Kod Fail

Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) menguruskan pendaftaran dan pengemaskinian kod PTJ bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ), Universiti Teknologi Malaysia di sistem UTM-HR. Bagi pendaftaran atau pengemaskinian kod PTJ, wakil PTJ perlu mengemukakan surat permohonan, cabutan minit mesyuarat kelulusan dan struktur organisasi terkini ke BPO. Setelah pengemaskinian dibuat, surat pemakluman akan dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 07-5530172/ 30442/ 30051.


Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi

Unit Arkib, Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar menguruskan Dokumen Rahsia Rasmi Universiti. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan staf bertugas di talian 07-5530051/30172. Maklumat lanjut…..


Pelupusan Rekod

Proses pelupusan rekod di jabatan adalah dipusatkan di Pejabat Bahagian Pengurusan Organisasi bagi UTM Johor Bahru. Manakala bagi kampus UTM Kuala Lumpur adalah melalui Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur. Maklumat lanjut…..


Pemindahan Rekod Ke Arkib Negara Malaysia

Terbitan rasmi adalah suatu rekod yang diterbitkan dalam melaksanakan program dan aktiviti selaras dengan peranan dan tanggungjawab pejabat awam. Ia juga merupakan sumber maklumat dan dokumen bukti kepada urusan rasmi serta asas kepada akauntabiliti Kerajaan. Terbitan rasmi ini adalah merupakan rekod yang bernilai arkib dan perlu dipindahkan untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia. Maklumat lanjut……

Sumber Rujukan :
Klik Sini