+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi

Definisi : Rahsia Rasmi

“Rahsia Rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar ’,‘ Rahsia ’, ‘ Sulit ’ atau ‘Terhad ’,   mengikut  mana yang berkenaan, oleh seorang  Menteri, Menteri Besar atau  Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B.

Kaedah Pengurusan

Kaedah pengurusan rahsia rasmi adalah dengan mendaftar di dalam Buku Daftar 492, 492 A dan 492 B.

Pegawai Pengelas

Pegawai pengelas dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah pegawai awam dari Bahagian/Jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan pengelasan maklumat atau dokumen rasmi kerajaan berupa surat rasmi, maklumat atau bahan mengikut kategori kerahsiaan iaitu “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”. Pelantikan pegawai Pengelas adalah penting dilindungi dan diuruskan mengikut prosedur dan tatacara yang betul bagi mengelakkan ketirisan maklumat berlaku.

Pendatar Rahsia