KEMUDAHAN RAWATAN DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Staf Lantikan Tetap, Lantikan Kontrak Universiti (termasuk staf kontrak antarabangsa) dan Lantikan Sementara yang berkelayakan

Suami/isteri Staf;

Anak yang berkelayakan KECUALI ANAK TIRI

Pesara (Skim Pencen dan KWSP) dan pasangan

Ahli Lembaga Pengarah dan Pasangan

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Rawatan pesakit luar dan kecemasan
  • Rawatan pesakit luar dan kecemasan hanya diberi di dalam kawasan kampus Universiti sahaja mengikut kadar bayaran yang ditetapkan sepertimana dalam Jadual C.
  • Waktu perkhidmatan klinik pesakit luar adalah sepertimana di Jadual F.
Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up)

Pemerikasaan Kesihatan (Medical Check-up) staf termasuk ujian darah, ujian air kencing dan X-ray dada boleh dibuat di Pusat Kesihatan Universiti atas arahan Universiti bagi tujuan:
a. Melanjutkan pelajaran ke luar negara atau dalam negeri yang diluluskan oleh Universiti;
b. Menghadiri kursus/latihan yang diluluskan oleh Universiti;
c. Penyambungan kontrak jawatan yang diluluskan oleh Universiti;
d. Penawaran jawatan baru;
e. Memperolehi dan/atau memperbaharui lesen PSV dan/atau GDL atas arahan Universiti;
f. Pemeriksaan kesihatan berkala untuk staf yang mengendali mesin sinaran dan terlibat secara langsung di lokasi makmal sinaran di Fakulti;
g. Pemeriksaan kesihatan berkala untuk staf yang mengendali mesin yang berisiko tinggi kepada pengendali dengan pengesahan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OSHE)

Kemudahan Ambulan

Staf, tanggungan dan pekerja boleh mendapatkan kemudahan ambulan dalam keadaan kecemasan semasa berada di dalam kawasan Universiti.
Nota : Kemudahan ambulan ini hanya diberikan kepada kes kecemasan sahaja yang berlaku di dalam kawasan kampus dengan bayaran seperti dalam Jadual C.

Kemudahan Makmal dan X-ray
  • Kemudahan ini dibuka pada waktu yang ditetapkan oleh pihak Pusat Kesihatan Universiti.
  • Universiti hanya menanggung kos pemeriksaan makmal dan x-ray sekiranya dinasihatkan dan dirujuk oleh Doktor Panel, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti atau /dan arahan KKM bagi keskes khas sahaja.
  • Prosedur yang dijalankan dengan rujukan Pegawai Perubatan Universiti dan terhad mengikut kes-kes tertentu pada waktu yang ditetapkan oleh pihak Pusat Kesihatan Universiti
Kemudahan Ruang Pemantauan
  • Rawatan di Ruang Pemantauan Pusat Kesihatan Universiti untuk pemantauan sementara dalam waktu perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti
  • Mereka yang memerlukan pemerhatian lanjut dari waktu itu akan dirujuk ke Hospital Kerajaan
Pembedahan Kecil

Pembedahan Kecil yang memerlukan bius setempat sahaja.

Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak

Pemeriksaan dan rawatan semasa mengandung (ante-natal) dan selepas bersalin (post-natal):

a. Pemeriksaan fizikal ulangan semasa mengandung;
b. Ujian klinikal asas air kencing dan darah;
c. Pemeriksaan ultra sound tiga (3) kali sepanjang tempoh satu (1) kehamilan kecuali mempunyai masalah kesihatan;
d. Ubat termasuk vitamin dan mineral.

Kesihatan bayi dan kanak-kanak

a. Pemeriksaan berkala bayi dan kanak-kanak termasuk imunisasi yang diwajibkan oleh KKM;
b. Imunisasi yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan sepertimana di dalam Jadual B.

Perkhidmatan Perancangan Keluarga

Perkhidmatan Perancangan Keluarga secara pil dan suntikan sahaja

Perkhidmatan Imunisasi
  • Imunisasi yang diisytiharkan wajib dan disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa wabak;
  • Suntikan vaksin tetanus (ATT) untuk rawatan luka; dan
  • Imunisasi wajib untuk keluar negara atas urusan rasmi Universiti.
Rawatan Pergigian
  • Waktu Perkhidmatan pergigian bagi staf di Pusat Kesihatan Universiti. Seperti Jadual D.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
Alat bantuan kecacatan dan ketidakupayaan anggota

Alat bantuan kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat ketiak, kerusi roda, cermin mata dan alat bantuan pendengaran.
Nota : Tongkat, kerusi roda boleh disewa di PKU dengan kadar yang ditetapkan

Rawatan perubatan dan pembedahan ritual atau kosmetik

Rawatan perubatan dan pembedahan ritual atau kosmetik seperti berkhatan dan rawatan jerawat melainkan dalam keadaan di mana Pegawai Perubatan Universiti berpendapat rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.

Pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan x-ray atas kehendak staf sendiri

Pemeriksaan kesihatan, ujian makmal dan x-ray atas kehendak staf sendiri tanpa rujukan atau nasihat dari pegawai perubatan Universiti

Kemudahan ambulan untuk pesara

Kemudahan ambulan tidak disediakan bagi pesara.

Permohonan Pengesahan Kehamilan

Ujian Pengesahan Kehamilan (atas permintaan staf atau tanggungan)

HAD KOS RAWATAN PESAKIT LUAR

Had kos rawatan pesakit luar (bagi rawatan di Pusat Kesihatan Universiti dan Klinik Panel) adalah RM 1,500 setahun bagi setiap staf dan ahli keluarga

Bagi staf dan ahli keluarga yang disahkan menghidapi penyakit kronik oleh Doktor Panel/Pegawai Perubatan, dikehendaki memohon tambahan had RM1,500 setiap tahun. Namun begitu, ia masih tertakluk kepada had kos maksima seperti di Jadual C.

Had kos rawatan pesakit luar di PKU terpakai bagi pesara dan pasangan