projek kumpulan

inovatif dan kreatif

tujuan

Sebagai dana pemula kepada kumpulan bagi melaksanakan projek inovasi.

syarat permohonan

Ketua projek dalam kalangan staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP)

Ahli kumpulan boleh dalam kalangan staf akademik / PPP / pelajar UTM

Konsep pemberian dana
  1. Satu (1) projek diberi secara berfasa melalui kaedah ‘pay & claim’.
  2. Tuntutan boleh dikemukakan oleh Kumpulan selepas selesai 50% pelaksanaan projek
Tempoh
  1. Tempoh dana pemula KIK adalah untuk 12 bulan (maksimum).
  2. Maklumat tuntutan boleh dihantar kepada Urusetia KIK selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh resit perbelanjaan.
Syarat perbelanjaan
  1. Pembelian peralatan, prototaip, alat ganti atau gajet untuk kegunaan projek KIK
  2. Bayaran sewaan peralatan untuk menjalankan ujikaji
  3. Bayaran khidmat kepakaran/khidmat profesional (tidak melebihi RM500.  Surat pelantikan perlu disalinkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar)
  4. Tuntutan perjalanan berkaitan projek KIK
  5. Perbelanjaan berkaitan projek KIK yang difikirkan wajar oleh Ketua BPO, Jabatan Pendaftar
Jangkaan hasil

Projek inovasi akan dipertandingkan dalam Konvensyen KIK UTM, tertakluk kepada keputusan semasa sesi pitching

Pemantauan projek

Setiap projek inovasi akan dipantau.  Ketua kumpulan hendaklah melaporkan perkembangan projek setiap dua (2) bulan sehingga Konvensyen KIK UTM.

Penilaian kertas cadangan
  1. Proses pembentangan dan penilaian kertas cadangan akan dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Setiap projek inovasi akan dinilai oleh tiga (3) orang panel yang dilantik oleh pihak Jabatan Pendaftar.
  3. Ketua kumpulan bertanggungjawab memastikan kertas cadangan yang disediakan adalah berkualiti.
  4. Projek yang berjaya atau tidak berjaya akan dimaklumkan melalui emel.
Keputusan penilaian
  1. Keputusan penilaian dan pemilihan kertas cadangan adalah muktamad.
Urusetia KIK
  1. Sebarang urusan berkaitan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif adalah di bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar.

Pertanyaan Lanjut

Encik Mohamad Radzi bin Abdul Razak

Pegawai Tadbir (NA44)

Jabatan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
m.radzi@utm.my