KEMUDAHAN RAWATAN DI LUAR NEGARA

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan di Luar Negara

Staf Warganegara (Tetap) dan Suami/Isteri Staf

Anak yang berkelayakan

(Kecuali Anak Tiri)

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan di Luar Negara.

mendapat kelulusan

Universiti boleh menimbangkan kemudahan rawatan pakar di luar negara kepada staf dan tanggungan sahaja sekiranya difikirkan perlu, tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Pengarah Universiti.

Mengikut syarat

Syarat-syarat untuk mendapatkan kemudahan rawatan di luar negara adalah seperti berikut:

a. Rawatan bagi penyakit tersebut tidak boleh diperolehi dari mana-mana Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta di Malaysia
b. Adanya laporan daripada Lembaga Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengkaji jenis penyakit tersebut dan mengesahkan rawatan tersebut diperlukan.

pengiring

Perbelanjaan rawatan luar negara untuk pesakit dan jika diperlukan perbelanjaan seorang pengiring dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia akan ditanggung oleh Universiti.

Kos Rawatan

Perbelanjaan adalah seperti berikut:-
Kos yang ditanggung oleh Universiti adalah:

a. Kos rawatan di hospital dan caj wad pada kadar minimum selama 3 hari (bermula pada tarikh dimasukkan ke wad)
b. Kos sara hidup (makan, pengangkutan dan sewa hotel/lojing) tidak melebihi lima (5) hari setelah sampai di negara berkenaan dan tidak melebihi lima (5) hari sebelum kembali ke Malaysia bagi pesakit dan seorang pengiring jika diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kementerian; dan
c. Tambang kapal terbang kelas ekonomi pergi dan balik bagi pesakit dan seorang pengiring jika diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kementerian.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
bayaran wad yang melebihi had kos

Bayaran wad bersamaan dengan kadar yang dikenakan kepada staf / tanggungan jika dimasukkan ke Hospital Kerajaan

lain - lain bayaran

Bayaran lain seperti makanan di luar daripada komponen caj wad seperti telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya

tidak memenuhi syarat

Mana-mana rawatan di Hospital Luar Negara yang tidak memenuhi syarat – syarat di atas.