KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN
KELAYAKAN
Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan Pergigian
Staf (Tetap) dan Suami/Isteri Staf
Anak yang berkelayakan
(Kecuali Anak Tiri)
RAWATAN YANG DITANGGUNG
Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan Pergigian.
Rawatan jenis bukan kosmetik
Rawatan yang dibuat di Klinik Pergigian Kerajaan / Klinik Pergigian Swasta / Pusat kesihatan Universiti terhad kepada RM500.00 setahun bagi setiap staf dan ahli keluarganya yang berkelayakan meliputi:
a. Pemeriksaan dan Diagnosa
b. Ubat-ubatan
c. Rawatan Abses (Bengkak Gusi)
d. Cabutan Gigi
e. Tampalan Gigi
f. Penskaleran (Cuci Gigi)
g. Endodontik (Mematikan Saraf Gigi)
h. Pembedahan Kecil Mulut (Minor Oral Surgery)
i. X-ray
j. Gigi palsu
tempoh tuntutan tidak lebih daripada 3 bulan
Staf dan tanggungan yang telah membuat pembayaran rawatan pergigian boleh membuat tuntutan balik ke Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar dengan menggunakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik Rawatan Pergigian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menerima rawatan.
RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
Rawatan jenis kosmetik
Rawatan yang tidak ditanggung merangkumi
a. Crown
b. Inlay/Onlay
c. Implant
d. Bridge
e. Orthodontik
f. Rawatan Kosmetik Gigi.