KEMUDAHAN RAWATAN DI LPPKN

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Rawatan di Lembaga Penduduk dan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN)

Staf Warganegara (Tetap) dan Suami/Isteri Staf

Anak yang berkelayakan

(Kecuali Anak Tiri)

Ibu Bapa Staf

pesara

(Skim Pencen KWSP)

Ahli lembaga pengarah & pasangan

(Semasa dalam tempoh lantikan)

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Rawatan di Lembaga Penduduk dan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN).

rawatan kemandulan

Perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang diperakukan oleh pakar LPPKN dengan syarat rawatan adalah untuk mengatasi Primary infertility sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran mengandung.

rawatan sampingan

Rawatan sampingan seperti Hysterosalphingogram (HSG), X- ray, pembedahan dan rawatan sampingan lain yang dijalankan oleh doktor LPPKN tetapi tidak dapat dijalankan di Hospital Kerajaan.

semua jenis rawatan tambahan

Rawatan yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
Rawatan ivf

Rawatan untuk menjalani proses mengandung bukan semulajadi seperti proses In Vitro Fertilisation (IVF), proses Gamete Intra-Fallopian Transfer (GIFT) dan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) dan sebagainya.

Secondary Infertility

Rawatan untuk mengatasi Secondary Infertility di mana;

  • Pegawai/pasangan sudah pun mempunyai anak dan gagal mendapatanak kedua atau seterusnya; dan
  • Pegawai/pasangan pernah mengandung dan telah mengalami keguguran