KEMUDAHAN RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan  Rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)

Staf Warganegara (Tetap) dan Suami/Isteri Staf

Anak yang berkelayakan

(Kecuali Anak Tiri)

Ibu Bapa Staf

Balu

(selagi tidak berkahwin semula)

pesara (skim pencen kwsp) & Pasangan

Ahli lembaga pengarah & pasangan

(Semasa dalam tempoh lantikan)

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan  Rawatan di Intitut Jantung Negara.

Semua kos rawatan

Universiti menanggung semua kos perkhidmatan di IJNSB bagi keadaan berikut:

  • Dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum atau Pakar Kardiologi dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta ke IJNSB dengan syarat bahawa pesakit telah mendapat rawatan di hospital Kerajaan / Swasta dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum atau Pakar Kardiologi atau Pakar Perubatan Kecemasan di Hospital Kerajaan /Hospital Swasta ke Intitut Jantung Negara (IJN).
rawatan kecemasan

Dalam keadaan kecemasan, staf boleh terus ke IJNSB dan mendapat perakuan Pakar Perubatan Kardiologi IJNSB serta mematuhi Prosedur Perbelanjaan Bagi Rawatan Kecemasan dalam Pekeliling Perkhidmatan Semasa.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
rawatan yang tidak disahkan

Mana-mana Rawatan di Intitut Jantung Negara (IJN) yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas.

SURAT JAMINAN PERUBATAN

Surat Jaminan Perubatan akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar sahaja selepas surat rujukan dari Pakar Perubatan Umum atau Pakar Kardiologi atau Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan/Hospital Swasta ke IJNSB dan juga bagi rawatan susulan.

PERMOHONAN SURAT JAMINAN PERUBATAN (GL) BAGI IJN

Surat Pengesahan GL - IJN

Maximum file size: 122.88MB

Maximum file size: 122.88MB

JENIS DOKUMEN