Warga pejabat Bahagian Pengurusan Organisasi(BPO), Pejabat Pendaftar, UTM JB, ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja(buruh) pada semua warga kerja UTM pada 1 mei 2015.
Semua warga UTM diminta berhati-hati dengan keadaan keselamatan diri serta hata benda yang ditinggalkan. Sehubungan dengan itu bagi sesiapa yang telah merancang bagi melakukan perjalanan diharap dapat membuat pemeriksaan kenderaan supaya dalam keadaan yang selamat dan pandulah dengan berhati-hati serta mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
P/S: Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Buruh telah jatuh pada hari Jumaat, 1 Mei 2015. Sehubungan itu, selaras dengan perkara 4.1 Pekeliling Am Kerajaan Johor Bilangan 3 Tahun 2013, dimaklumkan pada 4 Mei 2015(Isnin) adalah hari cuti gantian (Hari Buruh tersebut). Cuti gantian hari kelepasan ini adalah terpakai untuk UTM Johor Bahru sahaja.