Penentuan Kelayakan
1. Penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu. Pakaian seragam dibekalkan berdasarkan kepada asas-asas berikut :-

  • Sebagai lambang kuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan;
  • Bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri staf daripada percikan bahan-bahan kimia dan bidang tugas ini adalah seperti staf makmal, staf bengkel, Pekerja Am di luar pejabat dan wad rawatan pesakit;
  • Bagi tujuan kebersihan dan penampilan staf seperti Pemandu dan Pekerja Am Pejabat; dan
  • Keseragaman fesyen jawatan yang disandang.
2. Status staf yang layak mendapat kemudahan pakaian seragam adalah dari kategori yang berjawatan tetap dan kontrak sahaja, kecuali untuk jawatan Pemandu dan Pekerja Am yang dilantik sementara boleh dibekalkan dengan pakaian seragam.