Telah menjadi rutin bagi Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) memberi khidmat Kaunter Kad Matrik semasa Pendaftaran Pelajar Pascasiswazah pada setiap semester. Bagi semester II sesi 2015/2016, pendaftaran pelajar telah diadakan di Dewan Alumni, UTM pada 1 hingga 3 Februari 2016. Semua staf BPO terlibat dalam tugasan di kaunter kad matrik pada tiga hari tersebut mengikut jadual yang disediakan.