Pembekalan
1.

Pihak Universiti hanya membekalkan pakaian seragam mengikut jawatan dan skop tugas staf. Pakaian dibekalkan setiap tahun tertakluk kepada kelayakan jawatan.

2. Jadual Pembekalan Pakaian Seragam adalah seperti berikut :-

BIL

PERKARA

BULAN

1. Mendapatkan maklumat staf yang layak dari Fakulti/Jabatan/Unit Jun – Julai
2. Proses perolehan Ogos – September
3. Mengambil ukuran staf dan menyiapkan pakaian Oktober – Disember
4. Agihan pakaian seragam kepada staf yang layak Januari
5. Aduan mengenai masalah fitting pakaian dan pembaikan oleh Tukang Jahit Januari – Mac
3. Staf dikehendaki hadir semasa tarikh mengukur mengikut jadual yang ditetapkan. Pihak Universiti tidak bertangungjawab ke atas sebarang kelewatan pembekalan sekiranya didapati staf terlibat tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
4. Pihak Universiti tidak akan membayar tempahan yang dibuat sendiri oleh staf tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Penyelaras Pakaian Seragam.
5. Jika didapati pakaian seragam yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan surat laporan ke Pejabat Bendahari dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pembekalan.
6. Jika berlaku kehilangan, kerosakan atau staf membaiki sendiri pakaian, tuntutan atau gantian tidak boleh dibuat kepada Universiti.
7. Staf yang tidak mengambil pakaian seragam yang telah disediakan, kos pakaian tersebut akan dicaj kepada staf berkenaan mengikut keputusan Jawatankuasa Penyelaras Pakaian Seragam.