Panduan Pakaian Seragam
Peraturan Pakaian Seragam ini dikeluarkan bertujuan untuk menetapkan dan menerangkan peraturan dan polisi pemakaian pakaian seragam. Peraturan ini berkuatkuasa kepada semua staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang layak menerima peruntukan pakaian seragam mengikut kelayakan masing-masing. Walaubagaimanapun panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan berdasarkan Pekeliling Kerajaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.