Kursus Pemantapan Dokumen Terperingkat telah diadakan pada 3 hingga 4 Mei 2016. Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi dan Bahagian Sumber Manusia. Ceramah disampaikan oleh Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Johor dan Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Profesional dan Perlaksana. Dengan pengisian daripada kursus ini diharap semua Pusat Tanggungjawab dapat menguruskan dokumen rasmi Universiti dengan cara yang betul dan dapat menyokong kepada pengurusan dokumen rasmi Universiti yang lebih mantap.