Kelab Mutiara BPO telah mengadakan kejohanan Badminton Super Siri BPO 2012 bermula pada 15 April 2013 sehingga 23 April 2013 yang lalu. Kejohanan ini telah disertai oleh 10 pasukan beregu campuran dikalangan staf BPO sendiri. Kejohanan badminton kalo kedua ini telah menunjukkan peningkatan yang amat drastik dari segi penyertaan dan hadiah yang dipertandingkan. Dengan tawaran hadiah dari tempat pertama hingga keempat, telah membuatkan semangat ingin menang dikalangan pasukan begitu tinggi. Ini dapat dilihat dengan kesungguhan setiap pasukan untuk mengadakan latihan sebelum kejohanan bermula lagi.

Kejohanan ini telah diadakan di gelanggan Kompleks Sukan UTM. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesediaan pihak Unit Sukan. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah memenangi kejohanan ini. Mereka ialah:

Tempat Pertama: Beregu Is-Zana
Tempat Kedua: Beregu Razif-Fatah
Tempat Ketiga: Beregu Mie-Nor
Tempat Keempat: Mail-Liza

Tahniah! Jumpa lagi tahun depan!

Lagi berita:
Penyampaian Hadiah Badminton Super Siri 2013
perlawanan-akhir-badminton-super-siri-bpo-2013