Kelab Mutiara pada masa ini sedang menjalankan aktiviti Jom Sihat bersama seluruh staf BPO. Program anjuran Jawatankuasa Sukan kelab ini menggalakkan para staf BPO untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan bersukan selepas waktu kerja. Setiap staf yang berjaya turun untuk program Jom Sihat ini akan diberikan token kehadiran.

Token ini akan dikumpul untuk dinilai pada penghujung tahun bagi melihat jumlah kehadiran staf sepanjang program ini. Staf yang dapat mengumpul token terbanyak akan diberikan hadian sumbangan daripada Kelab Mutiara.

Program Jom Sihat ini adalah salah satu inisitif Kelab Mutiara bagi menggalakkan staf menjalani gaya hidup lebih sihat. Ini seterusnya menyokong hasrat universiti yang mahukan seluruh staf UTM lebih sihat dan aktif bersukan. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapatlah membantu mengurangkan tekanan kerja disamping menjadikan staf lebih ceria dan sihat untuk menjalankan tugas yang pertanggungjawabkan.

582312_10200257051816547_1770004492_n

398116_10200257059736745_1877899069_n

558358_10200257062016802_104569629_n 25960_10200257050016502_1928772298_n