Definasi
1. Pakaian seragam adalah pakaian bekerja yang dibekalkan kepada kumpulan staf tertentu berdasarkan kepada keperluan jawatan kumpulan-kumpulan berkenaan yang mana rekabentuk dan warna ditetapkan oleh Universiti.

2.

Pakaian seragam dimaksudkan adalah pakaian bekerja yang dipakai sepanjang waktu staf bertugas dengan tujuan pengenalan diri staf kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas.

3. Pakaian seragam adalah meliputi keseluruhan komponen yang melengkapkan rekabentuk pakaian tersebut meliputi perkara-perkara seperti berikut:-
i.  Kemeja dan Seluar/Jaket/Dust Coat;
ii. Topi/Mini Telekung;
iii. Kasut (kulit/kanvas/getah)-bertali/tak bertali;
iv. Kelengkapan Keselamatan/Jururawat;
v.  Sarung Kaki (stokin);
4. Lain-lain kelengkapan adalah dikategorikan sebagai alatan tambahan/alatan makmal di mana hendaklah juga mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pakaian Seragam Universiti Teknologi Malaysia. Pembayaran bagi perkara ini di bawah tanggungan vot Pusat Tanggungjawab (PTJ).