Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Bengkel Familiarisasi Kriteria Penilaian Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik Peringkat Universiti Awam Tahun 2016 pada 24 hingga 25 Mei 2016 di Memorial Tun Razak, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah disertai oleh wakil dari Bahagian Pengurusan Organisasi dan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai penggunaan penilaian kendiri prestasi pelaksanaan program pengurusan rekod menggunakan Sistem Nilaian Audit Rekod (ezSinar). Penilaian kendiri ini bermula pada 6 Jun 2016 sehingga 22 Julai 2016.Bengkel Arkib 2016