Aluan Ketua Bahagian BPO

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada saya memberikan kata aluan di dalam Laman Web Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO). Terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha dan kesungguhan yang dilakukan sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Universiti.

Kami warga BPO mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pihak yang melayari laman web ini. Melalui laman web ini, kami berusaha untuk menyediakan pelbagai maklumat bagi memenuhi keperluan umum terutama kepada pelanggan kami.Sebagai alternatif penyaluran maklumat, sudah pasti laman web ini boleh pada bila-bila masa tanpa batas sempadan dan waktu menyalurkan maklumat yang diperlukan.

Disamping menjelaskan fungsi dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, ianya juga berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan maklumbalas staf dan pelanggan. Melaluinya interaksi dua hala antara staf dan pelanggan akan dapat dicapai. Ini secara tidak langsung akan dapat menjalinkan hubungan baik antara staf dan pelanggan serta dapat memenuhi keperluan semasa.

Kami juga berusaha dan berazam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui penambahbaikan berterusan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan. Pada masa yang sama, kami akan berusaha untuk memastikan maklumat yang sedia ada dapat di salurkan dengan tepat, cepat dan sentiasa dikemaskini.Saya juga berharap laman web ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan semua urusan yang berkaitan dengan pihak BPO.

Akhirkata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Jawatankuasa Laman Web Pejabat Pendaftar, IT Buddy dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan Laman Web BPO. Semoga segala usaha murni dan kesungguhan yang telah saudara lakukan diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Amir Hamzah bin Jamil
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar