KELAYAKAN
1.1 Staf
1.2 Suami/Isteri
1.3 Anak

RAWATAN YANG DITANGGUNG
2.1     Tanggungan perbelanjaan Universiti adalah terhad kepada kadar maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Kadar Bayaran Maksimum Perkhidmatan Klinik Panel.
2.2     Rawatan biasa pesakit luar dan kecemasan terhad kepada harga yang ditetapkan seperti di dalam Jadual C/1.
2.3 Pemeriksaan perubatan.
2.3.1     Pemeriksaan perubatan staf termasuk imunisasi wajib, ujian darah, ujian air kencing dan X-ray dada boleh dibuat di klinik panel atas arahan Universiti bagi tujuan:
a) melanjutkan pelajaran ke luar negara atau dalam negeri yang diluluskan oleh Universiti;
b) menghadiri kursus/latihan yang diluluskan oleh Universiti;
c) penyambungan kontrak jawatan yang diluluskan oleh Universiti;
d) penawaran jawatan baru.

2.4 Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak
2.4.1 Pemeriksaan dan rawatan ante-natal dan post-natal:
a) pemeriksaan fizikal ulangan;
b) ujian klinikal asas air kencing dan darah;
c) pemeriksaan ultra sound dua (2) kali sepanjang tempoh satu (1) kehamilan;
d) pemeriksaan Electronic Cardio Graphy (ECG);
e) ubat termasuk vitamin dan mineral.