Warga Bahagian Pengurusan Organisasi(BPO), Pejabat Pendaftar, mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H, setelah sebulan berpuasa ramadhan berlalu pergi, kini syawal hampir menjelma. Dengan kehadiran syawal ini marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kerana berjaya menjalani ibadah berpuasa.
Di kesempatan ini juga marilah kita bersama-sama meraikan syawal yang penuh keistimewaan ini dengan memohon keampunan sesama manusia serta mengimarahkan lagi tradisi kunjung mengunjung bagi mengeratkan lagi silatulrahim antara kita.
Bagi mereka yang bercadang pulang ke kampung halaman, diminta sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan diri, keluarga dan keselamatan bersama. Pandulah kenderaan dengan cara yang berhemah, pastikan kediaman dikunci dengan baik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI