Program hari bertemu pelanggan UTM ke-3 adalah bertujuan mempromosikan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pejabat-pejabat atau unit kepada seluruh warga UTM. Program ini juga bagi memudahkan urusan yang ingin dilakukan oleh warga kampus yang dapat melakukan pelbagai urusan di satu tempat.

sehubungan dengan itu, Pejabat Bahagian Pengurusan Organisasi(BPO), Pejabat Pendaftar akan membuka kaunter kad matrik pada program berkenaan. Proses yang boleh dikakukan ialah pembaharuan, penggantian dan pendaftaran kad matrik baru. Sehubungan dengan itu juga kaunter kad matrik di pejabat BPO akan ditutup sepanjang program berkenaan berlangsung.

maklumat program berkenaan adalah seperti berikut:

Tarikh : 26-27 Mei 2015

Masa : 8.00pagi – 5.00petang

Tempat : Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru.