Rekabentuk Dan Warna
1.

Rekabentuk dan warna pakaian seragam adalah seperti yang telah diluluskan oleh Universiti.

2. Rekabentuk dan warna hendaklah tidak menyalahi rekabentuk dan warna yang telah ditetapkan pada jawatan-jawatan tertentu seperti Doktor, Jururawat dan lain-lain.

3. Perubahan rekabentuk dan warna tidak digalakkan. Walaubagaimanapun permohonan untuk perubahan boleh dipertimbangkan selepas 5 tahun pelaksanaan. Permohonan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelaras Pakaian Seragam Universiti untuk diperakukan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).