Definasi | ||
1. | Pakaian seragam adalah pakaian bekerja yang dibekalkan kepada kumpulan staf tertentu berdasarkan kepada keperluan jawatan kumpulan-kumpulan berkenaan yang mana rekabentuk dan warna ditetapkan oleh Universiti.
|
|
2. |
Pakaian seragam dimaksudkan adalah pakaian bekerja yang dipakai sepanjang waktu staf bertugas dengan tujuan pengenalan diri staf kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas. |
|
3. | Pakaian seragam adalah meliputi keseluruhan komponen yang melengkapkan rekabentuk pakaian tersebut meliputi perkara-perkara seperti berikut:- | |
i. Kemeja dan Seluar/Jaket/Dust Coat; | ||
ii. Topi/Mini Telekung; | ||
iii. Kasut (kulit/kanvas/getah)-bertali/tak bertali; | ||
iv. Kelengkapan Keselamatan/Jururawat; | ||
v. Sarung Kaki (stokin); | ||
4. | Lain-lain kelengkapan adalah dikategorikan sebagai alatan tambahan/alatan makmal di mana hendaklah juga mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pakaian Seragam Universiti Teknologi Malaysia. Pembayaran bagi perkara ini di bawah tanggungan vot Pusat Tanggungjawab (PTJ). | |