Anak

Anak bermaksud;

  1.  anak kandung; atau
  2. anak tiri; atau
  3. anak angkat yang sah dari segi undang-undang.
  4. diperakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pesuruhjaya Sumpah; atau
  5. diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah sekiranya anak tersebut di ambil dari individu.

Had kelayakan:

  1.  dibawah lapan belas (18) tahun; atau
  2. sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun; atau
  3. anak yang sedang menuntut sepenuh masa di peringkat  ijazah  pertama  layak   mendapat   kemudahan   rawatan   dengan   syarat   tidak   melebihi dua puluh satu (21) tahun; dan belum berkahwin.
  4. Had-had umur tidak akan dipakai bagi anak istimewa
  5. Didaftarkan di dalam sistem UTM dan HRMIS.
Anak Istimewa
  1. Anak istimewa bermaksud anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah anak cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
  2. Seperti yang ditetapkan dan diperakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan belum berkahwin.
Balu

Balu bermaksud isteri yang kematian suami yang merupakan pegawai atau pesara dan selagi tidak berkahwin semula atau suami yang kematian isteri yang merupakan pegawai atau pesara dan selagi tidak berkahwin semula.

Doktor
  1. Doktor Panel bermaksud seorang doktor swasta yang bertugas di klinik panel Universiti.
  2. Doktor Swasta bermaksud seorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
Hospital
  1. Hospital Kerajaan bermaksud mana-mana Hospital Kerajaan, Pusat/ Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Hospital Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  2. Hospital Swasta bermaksud mana-mana Hospital Swasta yang menyediakan khidmat kepakaran dalam bidang perubatan  tertentu  dan  memiliki  wad-wad  mengikut kelasnya.
Ibu Bapa
  1. ibu bapa kandung; atau
  2. ibu bapa tiri; atau
  3. ibu bapa angkat yang pertaliannya sah di  sisi  undang-undang  iaitu  ibu  bapa yang mengambil anak angkat yang sah dari segi undang-undang ; dan
  4. bermastautin di Malaysia sahaja,
  5. dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa.
Jawatankuasa Perubatan Universiti

Jawatankuasa Perubatan Universiti bermaksud sebuah Jawatankuasa Perubatan yang ditubuhkan atas arahan Naib Canselor.

Kecemasan

Kecemasan bermaksud mana-mana kes kritikal yang mengancam nyawa seperti cedera  parah,  kemalangan  serius,  kesukaran  bernafas,  pendarahan  yang   teruk,   tidak sedarkan diri dan keadaan pesakit yang mengganggu ketenteraman  orang  lain atau membahayakan dirinya atau orang lain.

Keluarga Staf
  1. Keluarga Staf bermaksud bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak anaknya.
  2. Keluarga Staf Bukan Warganegara bermaksud suami bagi pegawai wanita atau seorang isteri bagi pegawai lelaki dan tiga (3) orang anak yang berusia sehingga lapan belas (18) tahun yang telah diisytiharkan kepada Ketua Jabatan.
Staf Warganegara

Staf Warganegara bermaksud staf warganegara Malaysia.

Klinik Panel Universiti

Klinik Panel Universiti bermaksud mana-mana klinik swasta yang dilantik oleh Universiti dan Pusat Kesihatan Universiti untuk memberi khidmat perubatan kepada staf dan keluarga  kecuali ibu bapa.

Lembaga Pengarah Universiti

Lembaga Pengarah bermaksud Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia.

Naib Canselor

Naib Canselor bermaksud Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.

Pegawai Perubatan
  1. Pegawai Perubatan bermaksud doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
  2. Pegawai Perubatan Universiti bermaksud doktor perubatan atau doktor pergigian Universiti yang berkhidmat di Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Teknologi Malaysia.
Pegawai Yang Diberi Kuasa

Pegawai Yang Diberi Kuasa bermaksud Naib Canselor atau mana-mana Staf yang diberi kuasa di bawah Seksyen 6 (14), Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia.

Pekerja

Pekerja bermaksud lain-lain kategori staf yang dilantik oleh Universiti seperti sambilan atau staf yang dipinjamkan ke Universiti Teknologi Malaysia atau tukar sementara atau mana-mana staf yang syarat perlantikannya ada diperuntukan kelayakan untuk mendapat kemudahan perkhidmatan perubatan.

Pelawat

Pelawat bermaksud mana-mana pelawat yang dijemput oleh Universiti

Penyakit Kronik

Penyakit Kronik bermaksud;

  1. penyakit yang memerlukan rawatan berterusan selama sebulan atau lebih seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asma kronik, tibi dan/ atau apa-apa penyakit yang diperakukan sebagai kronik oleh Pakar Perubatan dan/atau Pegawai Perubatan.
  2. pesakit perlu mendaftar dengan PKU terlebih dahulu (buku rawatan PKU) – biru sebelum mendapatkan bekalan ubat penyakit kronik.
Perundingan

Perundingan bermaksud sebarang masa bagi seseorang pesakit luar yang bukan pesakit mana-mana hospital atau yayasan perubatan kerajaan yang dirujuk oleh doktor dan/atau doktor pergigian bagi mendapatkan perkhidmatan (nasihat, preskripsi dan rawatan) terhadap penyakitnya.

Pesara

Pesara bermaksud staf yang bersara menerima pencen di bawah Akta Pencen Badan Berkanun 1980.

Pusat Kesihatan Universiti

Pusat Kesihatan Universiti bermaksud Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Teknologi Malaysia.

Staf
  1. Staf bermaksud staf warganegara yang dilantik secara tetap, kontrak dan sementara di bawah Peruntukan Mengurus Universiti.
  2. Staf Bukan Warganegara bermaksud staf bukan warganegara yang dilantik oleh Universiti secara kontrak dan diperuntukan kemudahan perubatan oleh Universiti mengikut terma dan syarat lantikan.
Suami Isteri & Tanggungan
  1. Suami isteri staf bermaksud suami bagi staf wanita dan isteri/ isteri-isteri bagi staf lelaki.
  2. Suami Isteri Pesara bermaksud suami bagi pesara wanita dan isteri/ isteri-isteri bagi pesara lelaki.
  3. Tanggungan bermaksud suami bagi staf wanita dan isteri / isteri-isteri bagi staf lelaki, anak dan ibu bapa.
Universiti

Universiti bermaksud Universiti Teknologi Malaysia.