Kaedah Pengurusan

KAEDAH PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMI

Pendaftar Rahsia PTJ hendaklah mendaftarkan Dokumen Rahsia Rasmi yang dikeluarkan dalam Buku Daftar Am 492, Buku Daftar 492 A dan Buku Daftar 492 B. Buku daftar itu boleh perolehi di Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.

Buku Daftar Am 492

Bagi Mendaftarkan Dokumen Dalam Jadual
Butiran dokumen yang telah dicap dengan perkataan “dikelaskan semula” hendaklah direkodkan dalam Buku Daftar Am 492    – ruangan 7 – 10

Buku Daftar AM 492A

Khas untuk merekod suratan/dokumen rahsia rasmi di luar jadual dan berhubungan dengannya yang dikelaskan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau  Terhad;

Buku Daftar AM 492B

Bagi Mendaftarkan Dokumen Luar Jadual
Butiran dokumen Luar jadual yang dikelaskan semula itu hendaklah direkodkan dalam Buku Daftar Am 492 B

Stiker Sulit

Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar telah mengeluarkan stiker sulit untuk menggantikan lakeri. Stiker ini boleh dimohon di talian 07-5530172.