KEMUDAHAN PERKHIDMATAN RAWATAN DIALISIS / CAPD

KELAYAKAN

Kategori staf yang layak menerima Kemudahan Perkhidmatan Rawatan Dialisis / Continous Ambulatory Peritonial Dialysis (CAPD)

Staf Warganegara (Tetap) dan Suami/Isteri Staf

Anak yang berkelayakan

(Kecuali Anak Tiri)

Ibu Bapa Staf

Balu

(selagi tidak berkahwin semula)

pesara (skim pencen kwsp) & Pasangan

RAWATAN YANG DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan perubatan yang disediakan untuk staf berdasarkan kelayakan bagi Kemudahan Perkhidmatan Rawatan Dialisis / Continous Ambulatory Peritonial Dialysis (CAPD)

rawatan dialisis

Rawatan Dialisis di Pusat Dialisis Kerajaan/Unit Dialisis Universiti/ Pusat Dialisis Swasta

  • Universiti akan menanggung kos rawatan dialisis terhad kepada jumlah maksimum sebanyak RM200.00 bagi setiap sesi rawatan dan suntikan EPO (Erythropoetin) RM 1000 sebulan maksimum di Pusat Rawatan Dialisis Kerajaan/Unit Dialisis Universiti. Lebihan perlu dibayar oleh  Staf/Pesara berkenaan.
rawatan dialisis di pusat dialisis swasta

Rawatan dialisis di Pusat Dialisis Swasta sekiranya diperakukan oleh Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan/Pusat Kesihatan Universiti bahawa Pusat Rawatan Dialisis Kerajaan/Universiti tidak dapat membekal/menyediakan rawatan.

Caj rawatan maksimum

Rawatan dialisis di Pusat Dialisis Swasta tidak melebihi RM200.00 sekali rawatan.

kemudahan ubat, alat dan ujian

Perbelanjaan lain termasuk sebarang ubat, alat atau ujian lain yang berkaitan dengan rawatan dialisis boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan dengan perakuan Pakar Nefrologi Hospital
Kerajaan/Pusat Kesihatan Universiti.

kemudahan alat pakai buang

Rawatan Continuous Ambulatory Peritonial Dialysis (CAPD) termasuk ubat dan alat pakai buang boleh dipertimbangkan jika diperakukan oleh Pakar Nefrologi Hospital Kerajjan tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.

pembedahan Arterio-Venous Fistula (AVF)

Perbelanjaan pembedahan Arterio-Venous Fistula (AVF) boleh dipertimbangkan sekiranya dirujuk oleh Pakar Nefrologi Kerajaan/Pusat Kesihatan Universiti.

Permohonan perbelanjaan bagi pembedahan AVF di hospital/klinik swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan/Pusat Kesihatan Universiti merujuk pesakit supaya menjalani pembedahan tersebut di hospital/klinik swasta berdasarkan faktorfaktor berikut:
a. Kelewatan menungggu giliran pembedahan AVF yang keterlaluan di hospital Kerajaan; atau
b. Pembedahan AVF pertama gagal; atau
c. Kemahiran pembedahan AVF di hospital / klinik swasta adalah lebih baik berbanding di hospital / klinik Kerajaan
d. Pembedahan AVF bagi kali kedua dan seterusnya perlu mendapat pengesahan Doktor/Person in charge (PIC) di Pusat Dialisis berkenaan.
e. Perakuan dan pengesahan Pakar Nefrologi Kerajaan untuk rawatan dialisis/CAPD hanya perlu dikemukakan kepada Universiti semasa permohonan kali pertama sahaja.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

Jenis – jenis rawatan yang tidak tersenarai di dalam kategori jenis rawatan yang ditanggung.
rawatan yang tidak disahkan

Rawatan yang dibuat atas pilihan sendiri tanpa merujuk kepada Hospital Kerajaan/Pusat Kesihatan Universiti.

Rawatan sebelum mendapat kelulusan universiti

Perbelanjaan yang telah dibuat di hospital/klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan menghidapi penyakit end stage renal failure oleh Pakar Nefrologi/pegawai perubatan di hospital/klinik kerajaan.

kadar bayaran rawatan ibu bapa mengikut tempoh perkhidmatan staf

Ibu bapa staf yang menggunakan perkhidmatan di Unit Dialisis, Pusat Kesihatan Universiti akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditentukan untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh tamat perkhidmatan staf.

pembelanjaan lain - lain

Perbelanjaan bagi pembekalan ubat atau alat atau ujian lain yang berkaitan dengan rawatan penyakit buah pinggang adalah tertakluk kepada tatacara sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil.21 Tahun 2009

TANGGUNGAN RISIKO RAWATAN DIALISIS

Universiti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang berlaku ke atas pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan. Pesakit atau wakil bagi pihaknya tidak berhak menuntut sebarang pampasan sekiranya masalah timbul secara langsung atau tidak.