Pengenalan
Pengurusan Kualiti Jabatan Pendaftar secara khususnya diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO). Fungsinya antara lain adalah menguruskan aktiviti-aktiviti kualiti dan mengurusetiakan program seumpamanya agar berjalan dengan baik dan lancar. Di samping itu, penganjuran aktiviti-aktiviti berpaksikan kualiti adalah untuk menjamin kecemerlangan organisasi melalui rantaian proses yang cekap dan berkesan serta penyampaian perkhidmatan yang terbaik. Program transformasi UTM, ada menyentuh tentang hasrat Dato’ Naib Canselor supaya usaha pembaikan organisasi secara berterusan dapat digerakkan di semua peringkat. Peranan dan tanggungjawab Pejabat Pendaftar menyumbang sebahagian besar dalam usaha tersebut untuk memacu UTM ke arah kecemerlangan. Sehubungan itu, budaya kerja cemerlang dan berkualiti harus dibangkitkan dan disokong dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana unsur inovasi, kreativiti dan produktiviti. Kualiti kini menjadi satu keutamaan yang harus dijayakan jika ingin bersaing setara dengan organisasi bertaraf dunia. Pengurusan Kualiti jabatan ini harus sentiasa dimantapkan dan ditambahbaik kerana kualiti itu sendiri adalah sasaran yang sentiasa bergerak ke arah penambahbaikan yang berterusan. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, pengurusan kualiti Jabatan Pendaftar memerlukan sokongan, komitmen dan kerjasama yang sinergik daripada semua warga kerjanya.
|
|