Select Page

Fungsi Jawatankuasa SPK

1. Mewujudkan, mendokumenkan, melaksana dan menyenggara SPK serta meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001-2015.
2. Mengenalpasti proses-proses yang terlibat dan penggunaannya meliputi proses tanggungjawab pengurusan, peruntukan sumber, penghasilan produk, pengukuran, analisa dan pembaikan.
3. Memantau, mengukur dan menganalisa keberkesanan proses melalui Audit Dalam, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan maklumbalas pelanggan.
4. Menambahbaik SPK secara berterusan.