Select Page

Terma Rujukan Jawatankuasa 5S Jabatan Pendaftar

Jawatankuasa Induk

  1. Menentukan hala tuju dan matlamat pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S).
  2. Merancang & membentuk pelan tindakan pelaksanaan Amalan 5S.
  3. Membangun & mengesahkan Objektif & Polisi 5S Jabatan Pendaftar.
  4. Mengesahkan Logo & Motto 5S Jabatan Pendaftar.
  5. Merancang, menentukan & mengesahkan belanjawan & sumber kewangan.
  6. Menetapkan peraturan serta garis panduan pelaksanaan Amalan 5S.
  7. Menyelaras aktiviti-aktiviti jawatankuasa kecil.
  8. Merancang & melaksanakan sistem penghargaan/ganjaran/ pengiktirafan.
  9. Memantau atau menilai kemajuan pelaksanaan aktiviti Amalan 5S.
  10. Mengawasi kemajuan program dengan pembentukan standard yang sesuai berkaitan sistem 5S yang perlu diwujudkan.
  11. Merancang & mengatur program ke arah membangunkan budaya kerja yang lebih sistematik, bersih dan selamat.
  12. Memantau & menilai aktiviti penambahbaikan yang dijalankan oleh setiap zon.
  13. Memastikan pelaksanaan 5S di setiap zon menjadi amalan berterusan.
  14. Mengurus & menyelaras usaha pensijilan 5S.
  15. Menyedia, mengemaskini, menyelaras & menyelenggara Sudut 5S Jabatan Pendaftar.