BAHAGIAN PENGURUSAN ORGANISASI
Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) merupakan salah sebuah bahagian utama di dalam Pejabat Pendaftar. Dengan kepelbagaian fungsi tanggungjawab, BPO memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja kepada Pejabat Pendaftar malahan menyokong kepada aktiviti-aktiviti utama Universiti.
KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN
Senarai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO).
PENGURUSAN KAD NAMA
Kemudahan Kad Nama diberikan kepada pegawai yang berkelayakan seperti yang telah dipersetujui oleh Pengurusan Universiti
KEMUDAHAN PERUBATAN
Universiti Teknologi Malaysia telah menyediakan Skim Perkhidmatan Perubatan Staf yang bertujuan menetapkan dan menerangkan segala peraturan dan peruntukan faedah serta pentadbirannya bagi staf Universiti
PENGURUSAN KEBAJIKAN STAF
Universiti Teknologi Malaysia telah menyediakan kebajikan untuk staf UTM sama ada yang dilantik secara tetap, kontrak atau sementara. Kebajikan staf UTM diurus selia oleh Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar
PENGURUSAN E-MESYUARAT
Sistem eMesyuarat merupakan sistem pengurusan rekod mesyuarat atas talian UTM secara bersepadu bagi penyimpanan minit-minit dan laporan mesyuarat PTJ dan Fakulti
PENGURUSAN DOKUMEN & REKOD
Bahagian Pengurusan Organisasi menguruskan pendaftaran, pengemaskinian dan pelupusan rekod fail Universiti, senarai Kod Pusat Tanggungjawab (PTJ) / Fakulti
PENGURUSAN MEL UNIVERSITI
BPO bertanggungjawab menguruskan Mel Universiti yang merangkumi perkhidmatan penghantaran surat rasmi dalam dan ke luar Universiti yang diterima daripada PTJ/Fakulti.