| Pengenalan | |
| Jabatan Pendaftar mula mendapat pengiktirafan SIRIM terhadap Sistem Pengurusan Kualiti yang dibangunkan, dilaksana dan diselenggara mengikut keperluan seperti yang dinyatakan dalam Piawaian MS ISO 9001-2000 pada 20 Ogos 2004. Mulai 1 November 2009, Pejabat ini telah mengambil inisiatif untuk mengubah dan membuat pindaan terhadap keseluruhan dokumen prosedur dan arahan kerja selaras dengan Piawaian terkini iaitu MS ISO 9001-2015. | |
| Sistem Pengurusan Kualiti merupakan wadah bagi Jabatan ini untuk membuktikan keupayaan di dalam menyediakan serta menyampaikan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, sesuai dengan peraturan, statutori dan amalan Universiti Teknologi Malaysia. | |
| Penguatkuasaan yang efisyen dan efektif terhadap SPK ini akan menjamin kualiti perkhidmatan seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan. Di samping itu, penambahbaikan berterusan akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan. |

