Latar Belakang
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pendaftar ditubuhkan untuk mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang telah dikuatkuasakan pada 25 Februari 1994. Objektif utama akta ini adalah untuk memupuk komitmen majikan dan pekerja terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penguatkuasaan akta ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membendung insiden kemalangan dan penyakit pekerjaan di negara ini yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jawatankuasa ini terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pemeriksaan, program latihan dan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan Jabatan Pendaftar dan pelawat.
Misi & Visi
VISI
Menyokong Sistem Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seiring dengan Visi dan Misi Universiti
MISI
Merealisasikan persekitaran kerja selamat dan sihat melalui pembudayaan dalam kalangan warga universiti dan komuniti berpandukan perundangan dan standard piawaian antarabangsa
Objektif, Sasaran dan Kajian Semula Pengurusan