Select Page

Competency Index Staff (CIS) 2014

JADUAL PERLAKSANAAN CIS 2014

JADUAL PERLAKSANAAN CIS 2014_WEB

DOWNLOAD SENARAI BIDANG SKIM PERKHIDMATAN CIS 2014 (Excel)

Download

SOALAN LAZIM

Soalan 1:

Dulu ada soalan Juruteknik J17 Multimedia/Audio Visual/Penyelenggaraan…tapi bila J17 naik J29 tiada soalan utk bidang multimedia. Saya ada ramai J29 yg bidang kerja multimedia dan sgt berkaitan dengan soalan tu. Boleh wujudkan soalan baru atau kena pilih yang sedia ada? -Najwa, Fakulti Pendidikan

Jawapan: Bagi tahun 2014, soalan khusus CIS dalam bidang Multimedia/Audio Visual/Penyelenggaraan hanya wujud bagi Juruteknik J17 dan Juruteknik Kanan J22 sahaja. Disebabkan soalan CIS bagi Pembantu Jurutera Gred J29 bidang Multimedia/Audio Visual/Penyelenggaraan masih belum diwujudkan, maka PSM PTJ adalah dikehendaki menentukan bidang yang terhampir dalam Gred J29 seperti disenaraikan dalam sistem. Ini bagi membolehkan staf menjawab kedua-dua soalan UMUM dan KHUSUS walaupun tiada kesesuaian soalan mengikut bidang staf buat masa ini.

Soalan 2:

Saya ingin bertanya berkaitan CIS untuk staf yang tukar lantik seperti maklumat dibawah :
1. Penolong Pensyarah ‘A’ (Gred DG41) —–> Pegawai Penyelidik (Q41)
2. Penolong Pensyarah ‘B’ (Gred DG27) ——> Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F29)

Adakah mereka perlu mengisi CIS 2014 atau pun tidak? Dan untuk makluman, bidang tugas yang dijalan oleh staf berkenaan adalah pengajaran bagi pelajar Diploma PPD UTMSPACE. – Rafizah, UTMSPACE, UTMKL

Jawapan: Semua staf bukan akademik diwajibkan menjawab soalan CIS bagi tujuan analisis indeks kompetensi staf. Meskipun soalan CIS sedia ada dalam sistem dirasakan tidak bersesuaian dengan bidang, staf masih perlu menjawab soalan bidang lain dalam grednya bagi tujuan pengukuran. Sebagai contoh, Gred Q41 hanya mempunyai satu bidang khusus sahaja iaitu Pembangunan dan Penyelidikan. Meskipun berkemungkinan bidang tersebut adalah tidak bersesuaian dengan bidang semasa staf, PSM PTJ masih perlu mengkategorikan soalan khusus bidang sedia ada untuk dijawab oleh staf.

Staf adalah WAJIB menjawab soalan UMUM dan KHUSUS. Kegagalan staf menjawab kedua-dua soalan akan memberikan kesan kepada statistik pencapaian penilaian CIS oleh PTJ.

Untuk makluman, penambahan bidang baru hanya boleh dibuat pada tahun hadapan (bergantung kepada penyedian soalan oleh Task Force CIS Universiti).

Soalan 3

Assalamualaikum Wr. Wbt dan Salam Sejahtera,
Berdasarkan kepada taklimat CIS yang lepas, ada cadangan supaya Pegawai Penilai Kompetensi (PPC) untuk staf makmal boleh dilantik dari gred J29 kerana buat masa ini hanya pegawai gred 41 dan ke atas sahaja yang boleh menilai. Untuk makluman tuan, Pegawai Penilai Pertama staf makmal untuk eLNPT adalah Penolong Jurutera gred J29. -Saidatul Akmar, Fakulti Kejuruteraan Awam

Jawapan:Pegawai Penilai Kompetensi (PPC) mestilah terdiri daripada Pegawai Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) dan merupakan penyelia terdekat yang boleh membuat penilaian terhadap kompetensi PYD (Pegawai Yang Dinilai). Selain itu, PPC juga mestilah penyelia semasa PYD dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.

Namun, Pegawai Kumpulan B (Gred 27 hingga 40) adalah dibenarkan untuk menjadi PPC sekiranya tiada Pegawai Kumpulan A lain yang bersesuaian untuk menilai kompetensi PYD.

Soalan 4

Saya telah bertukar dari Fakulti Komputeran ke Unit Audit Dalam (Canseleri) mulai 15 April 2014, setelah melihat Skala Kompentensi Indek Staf 2014 saya, bagi bahagian soalselidik khsusu, nama saya masih terlibat dengan Pengurusan Sumber Manusia. Untuk makluman saudara ditempat baru, saya telah ditugaskan dengan tugas baru iaitu Bahagian Pentadbiran (lebih menjurus kepada urusan fail). Bagaimana? -Hayati, Unit Audit Dalam

Jawapan: Merujuk kepada pertanyaan Puan, Unit Pengurusan Modal Insan (PMI) di PTJ puan akan mengkategorikan mengikut kesesuaian bidang tugas yang dilaksanakan melebihi 6 bulan di satu-satu bahagian. Memandangkan tidak semua unit PTJ mempunyai struktur yang sama, ada kalanya tugas-tugas penfailan diletakkan di bawah Unit Pentadbiran dan ada yang meletakkannya di bawah Unit Pengurusan Modal Insan. Sehubungan dengan itu, puan adalah diminta untuk berbincang dengan Pegawai PMI di PTJ terkini puan sekiranya merasakan bidang ‘Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat’ lebih bersesuaian dengan skop tugas puan. Ada kemungkinan juga Unit PMI PTJ puan tidak mengemaskini maklumat bidang tugas puan yang baharu bagi tahun 2014. Untuk makluman, soalan berkenaan ‘urusan fail’ lebih banyak berada di bawah bidang ‘Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat’ berbanding bidang ‘Pengurusan Sumber Manusia’.

Soalan 5

Mohon pencerahan dari pihak saudara mengenai set soalan khusus bagi Jurutera Pembangunan, adakah telah dimansuhkan atau digabungkan dengan set soalan khusus bagi Jurutera /Arkitek PHB J41 atau Jurutera – Juru ukur bahan J41? – Norliza, Pusat Inovasi Dan Pengkomersilan (ICC)

Jawapan: Berbeza dari CIS tahun 2013, soalan khusus bagi Jurutera Pembangunan bagi CIS 2014 telah digabungkan dengan soalan khusus bagi Jurutera/Arkitek PHB J41. Oleh yang demikian, J41 yang mempunyai bidang khusus Pembangunan boleh menggunakan soalan khusus bagi Jurutera/Arkitek PHB J41.

Soalan 6

Mohon pencerahan dari pihak saudara mengenai set soalan khusus dalam sistem CIS bagi Penolong Jurutera bidang IT (Gred J29), adakah set soalan khusus Jurutera-Multimedia/Audio Visual/Penyelenggaraan atau Teknologi Maklumat (CICT) telah dimansuhkan atau digabungkan dengan set soalan khusus bagi Akademik J29, Jurutera /Arkitek PHB J29 atau Jurutera – ukur bahan J29?- Norliza, Pusat Inovasi Dan Pengkomersilan (ICC)

Jawapan: Set soalan bagi J29 Jurutera-Multimedia/Audio Visual/Penyelenggaraan atau Teknologi Maklumat (CICT) tidak pernah digabungkan/dimansuhkan memandangkan ianya belum pernah diwujudkan dalam sistem CIS. Soalan dalam bidang Multimedia/Audio Visual/Penyelenggaraan hanya wujud bagi gred J17 dan J22 sahaja manakala bidang Teknologi Maklumat (CICT) hanya wujud bagi gred J17 sahaja. Oleh itu, PSM PTJ adalah dikehendaki menentukan bidang yang terhampir dalam Gred J29 seperti disenaraikan dalam sistem. Ini bagi membolehkan staf menjawab kedua-dua soalan UMUM dan KHUSUS walaupun tiada kesesuaian soalan mengikut bidang staf buat masa ini.

 Soalan 7

Seorang staf  telah melapor diri sebagai Penolong Pendaftar N41 Kontrak di UTM KL pada 3.10.2014. Memandangkan tempoh perlaksanaan CIS dan tempoh staf lapor diri adalah kurang daripada 6 bulan, adakah staf ini perlu melaksanakan juga CIS pada 2014? – Nasir Osman, UTMKL

Jawapan: Semua staf bukan akademik Gred 1 sehingga 44 adalah dimestikan untuk membuat pengukuran CIS sekiranya soalan-soalan CIS bagi skim dan grednya wujud di dalam sistem. Untuk mendapatkan keputusan pengukuran kompetensi tahunan yang tepat, Pegawai Yang Dinilai (PYD) perlulah berada di dalam skim dan gred perkhidmatan yang sama sekurang-kurangnya 6 bulan dalam tahun penilaian. Namun, bagi staf baru yang melapor diri kurang daripada 6 bulan dalam tahun penilaian, penilaian CIS masih perlu dibuat memandangkan ianya akan memberikan kesan kepada statistik pencapaian CIS di PTJ pada tahun tersebut.