PENGENALAN
Latar belakang
- Pengurusan risiko amat penting kerana membantu organisasi dalam membuat perancangan awal dan mengenalpasti implikasi risiko bagi memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan matlamat organisasi tercapai.
- Setiap organisasi perlu mengenalpasti implikasi risiko sama ada secara positif atau negatif. Implikasi negatif membuka ruang kepada pengurusan risiko untuk mengenalpasti peluang yang ada serta pilihan alternatif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan program/aktiviti mencapai KPI yang ditetapkan. Penilaian risiko yang melibatkan proses mengenal pasti risiko, menganalisis risiko dan menilai risiko sesebuah organisasi mampu mengurangkan implikasi negatif. Sehubungan itu, peranan Jawatankuasa Pengurusan Risiko amat penting bagi melihat perkara ini.
Fungsi & Peranan
Jawatankuasa Pengurusan Risiko Jabatan Pendaftar bertanggungjawab ;
- Merancang aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan risiko yang menyokong pencapaian KHIR/HIR Jabatan Pendaftar
- Memastikan perjalanan aktiviti dilaksanakan megikut perancangan
- Memantau status risiko yang dikenalpasti dan menyediakan laporan status risiko yang didaftarkan.
- mengesahkan dapatan penilaian risiko operasi, peluang dan pelan mitigasi
Objektif
- Melindungi dan meningkatkan reputasi atau imej sesebuah organisasi
- Mewujudkan proses bagi mengenalpasti, menilai, mengukur, memantau, mengawal dan menangani risiko
- Menyediakan satu rangka kerja pemulihan yang komprehensif yang dapat digunakan ketika berlakunya insiden atau krisis.
STRUKTUR JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO
AKTIVITI JK PENGURUSAN RISIKO