Terma Rujukan Jawatankuasa Latihan 5S
- Menyediakan perancangan/cadangan latihan/kursus/seminar/lawatan kerja yang berkaitan dengan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) (carta perbatuan).
- Mengenalpasti keperluan latihan berkaitan 5S untuk ahli jawatankuasa, juruaudit, ketua-ketua zon & semua staf Jabatan Pendaftar.
- Melaksana & menguruskan program latihan Amalan 5S.
- Menyimpan rekod latihan/kursus/seminar Amalan 5S staf.
- Menyelenggara, mengemaskini & menyimpan Fail Jawatankuasa Latihan 5S Jabatan Pendaftar.
- Mengemukakan laporan perkembangan/pencapaian aktiviti Jawatankuasa Latihan ke Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Pendaftar.