Terma Rujukan Jawatankuasa Audit 5S
- Merangka & menyediakan pelan perancangan pelaksanaan Audit Dalaman 5S bagi Jabatan Pendaftar (carta perbatuan).
- Menyediakan skala pemarkahan audit yang sesuai.
- Menyedia & mengemaskini Borang Penilaian Audit Dalaman 5S Jabatan Pendaftar.
- Menguruskan keperluan audit yang sewajarnya.
- Memantau tindakan susulan hasil penemuan audit yang dibuat oleh para Juruaudit Dalaman.
- Menyimpan & menyelenggara rekod audit.
- Mengenalpasti calon Juruaudit Dalaman yang bertauliah dan menguruskan pelantikan mereka.
- Menyimpan & mengemaskini rekod kelayakan Juruaudit Dalaman 5S (Sijil/Pengesahan Kehadiran).
- Menyelenggara, mengemaskini & menyimpan Fail Audit Dalaman 5S Jabatan Pendaftar.
- Menyediakan ringkasan audit/rumusan/analisa/laporan penilaian Audit Dalaman 5S untuk dilaporkan ke Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Pendaftar.