
PEMUDAH UTM
- Idea penubuhan PEMUDAH UTM adalah melihat kepada keberkesanan peningkatan mutu perkhidmatan sektor kerajaan yang telah dilaksanakan oleh PEMUDAH KERAJAAN mulai 7 Februari 2007 dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Sidek bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara.
- Jawatankuasa Pemudahcara Sistem Kerja (PEMUDAH UTM) merupakan jawatankuasa kerjasama di antara Majlis Professor bersama Pejabat Pendaftar dan bahagian-bahagian berkuasa Universiti.
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang diadakan pada 19 Disember 2008 dan diluluskan pada 7 Januari 2009 telah bersetuju penubuhan Jawatankuasa PEMUDAH UTM dan Mesyuarat Jawatankuasa PEMUDAH UTM yang pertama telah bersidang pada 14 Januari 2009.
- Menjadi pemangkin kepada perubahan dan menjadi perkhidmatan lebih berteraskan pelanggan, inovatif dan proaktif.
- Mengurangkan masa dan kos pengurusan Universiti melalui penambahbaikan pelbagai urusan pengurusan dan pentadbiran Universiti.
- Memudahkan dan memperkemas Sistem Pengurusan dan Sistem Automasi Pejabat di Universiti.
- Mempercepat urusan transaksi melalui kajian maklumbalas pelanggan dan mengurangkan karenah di setiap bahagian dan fakulti.
- Mengkaji semula status sistem penyampaian perkhidmatan universiti dari segi proses, prosedur, undang-undang dan sumber manusia ke arah pemacuan dan penambahbaikan berterusan.
- Mempelajari amalan-amalan terbaik dari Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti Antarabangsa lain bagi tujuan penandaarasan.
- Membantu pemantauan pelaksanaan polisi, strategik dan prosedur ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian di universiti serta meminimumkan birokrasi di setiap bahagian dan fakulti.
- Mengambil tindakan proaktif terhadap segala isu yang berkaitan sistem penyampaian universiti yang dibangkitkan oleh universiti.
- Memperakukan sesuatu cadangan berkaitan proses kerja, sistem kerja, standard prosedur operasi (SOP) dan lain-lain kaedah berkaitan penyampaian perkhidmatan untuk dilaksanakan di universiti.
Tambahan kepada TOR diatas, perkara berikut perlu dipatuhi oleh urusetia:
- Kekerapan Mesyuarat PEMUDAH diadakan adalah empat (4) kali setahun.
- Keahlian Jawatankuasa PEMUDAH adalah seramai 20 orang.
- Kehadiran Ahli Jawatankuasa seramai separuh daripada Jumlah Ahli Jawatankuasa adalah mencukupi korum dan boleh menjalankan mesyuarat PEMUDAH.
- Boleh menjemput mana-mana orang/bahagian untuk sesi perkongsian ilmu dan lain-lain bentuk amalan terbaik.
- Ahli boleh menghantar wakil bagi menghadiri mesyuarat.
Pelanggan yang ingin mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem perkhidmatan UTM boleh mengemukakan maklumbalas melalui:
PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Kertas kerja/laporan hendaklah mengikut format yang ditetapkan dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar.
Muat Turun Lampiran Format Kertas Kerja (*.doc)
atau@dan;
PENGISIAN BORANG MAKLUMBALAS
Borang Maklumbalas “Cadangan Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan UTM” boleh didapati di Page PEMUDAH UTM atau Laman Web Jabatan Pendaftar (https://registrar.utm.my). Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan kepada azlina@utm.my atau mohdsufian@utm.my atau melalui fax no: 07-5545755
Muat Turun Lampiran Borang PEMUDAH/01 (*.pdf) / Borang PEMUDAH/02 (Google Docs)
Ahli Jawatankuasa PEMUDAH UTM
PENGERUSI
Pendaftar
AHLI
Pengerusi Majlis Profesor
Pro Naib Canselor (Strategi)
Bendahari
Ketua Pustakawan
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Digital
Pengarah Jabatan Harta Bina
Pengarah Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko
Pengarah Hal Ehwal Korporat
Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Timbalan Pendaftar Kanan (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar)
Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Sumber Manusia)
Timbalan Pendaftar Kanan (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa)
Timbalan Pendaftar (Timbalan Naib Canselor Perkhidmatan)
Timbalan Pendaftar (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi)
Timbalan Pendaftar (Canseleri)
Ketua Pentadbiran, UTMKL
Timbalan Pendaftar, UTM Pagoh
Pegawai Undang-Undang (Pejabat Penasihat Undang-undang)
Ketua Audit Dalam
SETIAUSAHA
Timbalan Pendaftar (Bahagian Pengurusan Organisasi)
URUSETIA
Penolong Pendaftar (Bahagian Pengurusan Organisasi)