Seksyen Perkhidmatan & Saraan
Seksyen di bawah Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar. Pengurusan perkhidmatan staf seperti pengesahan dalam perkhidmatan, peminjaman ke agensi luar, kaunseling, penilaian prestasi, cuti, emolumen, persaraan, dan penamatan.

Lapor Diri Lantikan Baharu
Lapor diri staf lantikan tetap, kontrak dan sementara di BSM
Penanggungan Kerja
Syarat dan kelayakan penanggungan kerja.
Penilaian Prestasi
Pengurusan penilaian prestasi tahunan staf. LPPT bagi staf akademik dan LNPT bagi staf pengurusan, profesional dan pelaksana. Ketahui kriteria dan jadual pelaksanaan, tanggungjawab PYD dan Pegawai Penilai
Anugerah
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Pentadbir, Anugerah Jasa Bakti, Jasa Setia, Jasa Abadi dan Delima
Penamatan
Peletakan dan Pelepasan Jawatan, Penamatan Perkhidmatan Staf
Persaraan
Perksaraan Paksa, Persaraan Pilihan, Pencen Terbitan, Persaraan Atas Sebab Kesihatan
Perisytiharan Harta
Perisytiharan aset peribadi berdasarkan Pekeliling Pentadbiran UTM
Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Bagi staf lantikan tetap dalam tempoh percubaan 1- 3 tahun.
Peperiksaan Perkhidmatan Staf
Sesuatu peperiksaan yang ditetapkan untuk staf lantikan tetap Universiti mengikut keperluan Skim Perkhidmatan bagi tujuan Pengesahan dalam Perkhidmatan
Cuti
Cuti Atas Sebab Perkhidmatan, Cuti Atas Sebab Kesihatan, Cuti Tanpa Rekod, Lain-lain Cuti
Emolumen
Maklumat gaji dan elaun yang layak diterima mengikut skim dan gred perkhidmatan. Juga maklumat Skim Pencen dan Skim KWSP
Pengurusan Kaunseling
Intervensi dan Kaunseling, AKRAB Care, Penilaian & Ujian Psikologi, HR Helpline
Pencantuman Perkhidmatan
Pernah berkhidmat di agensi kerajaan atau badan berkanun sebelum berkhidmat di UTM? Semak adakah anda layak dicantumkan perkhidmatan bagi tujuan pengiraan faedah persaraan
Dasar Pemisah
Dasar penamatan staf melalui kaedah Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) bagi staf yang berprestasi rendah.

Siri Ambil Tahu
Siri Ambil Tahu yang disediakan oleh Seksyen Perkhidmatan dan Saraan ini merangkumi pelbagai topik berkaitan perkhidmatan.

BARU!
eBook Panduan Pengurusan Staf Bermasalah dan Berprestasi Rendah
Panduan Pengurusan Staf Bermasalah dan Berprestasi Rendah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diterbitkan pada 1 Jun 2025. Panduan ini bertujuan untuk membantu Pegawai yang menguruskan sumber manusia dan Ketua Jabatan di Pusat Tanggungjawab dalam proses pengurusan staf yang bermasalah dan berprestasi rendah di UTM.
Untuk makluman, akses ebook ini adalah terhad. Mohon untuk
e-melkan permohonan akses ke alamat e-mel spks@utm.my untuk mendapatkan kata laluan.

Muat Turun Pelbagai Borang
Borang-borang yang diperlukan bagi sesuatu permohonan boleh dimuat turun di sini.
KWAP Tracker
KWAP Tracker adalah semakan rekod nombor KWAP. Staf yang memilih Skim Pencen dan diluluskan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) perlu dimohonkan nombor KWAP. Rekod caruman KWAP adalah berdasarkan daftar ini. Tarikh kuatkuasa PTB dan KWAP adalah sama.


Dokumen ISO
Dokumen ISO yang dibangunkan di Jabatan Pendaftar adalah mengambilkira proses kerja bermula dari PTJ. Pihak PSM boleh menyemak dan merujuk dokumen ISO yang disediakan.