HIGH QUALITY DELIVERY (HQD)

Pengenalan HQD

Tahun 2022 kita telah diperkenalkan dengan High Quality Delivery (HQD) oleh YBhg. Datuk Naib Canselor pada amanat sulung beliau. HQD menjadi sebagai salah satu 5 BIG THINGS 2.0  yang perlu dilaksanakan oleh warga UTM bagi meningkatkan kecemerlangan UTM. Beliau menegaskan UTM perlu mempunyai sistem penyampaian berkualiti tinggi demi menjaga imej dan prestij universiti ini yang sememangnya dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

 

Pelancaran program High Quality Delivery (HQD) yg telah disempurnakan semasa Majlis Amanat NC pada 12 Mei 2022 merupakan petunjuk penting kepada warga UTM untuk bersedia mengubah landskap perkhidmatan UTM ke tahap yang lebih berkualiti dalam memenuhi kepuasan pelanggan dalam dan luar. Pelbagai inisiatif  dirangka dan disusun oleh Jabatan Pendaftar dalam usaha memperkasakan ekosistem penyampaian perkhidmatan di UTM melalui penerapan amalan Standard People Practice (SPP) / Mystery Shopping, pematuhan Piagam Pelanggan, pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)  dan kajian soal selidik  Maklum Balas Pelanggan (CSI dan CRM)

 

Citizens of UTM’ diharap bersama memahami hasrat yang telah direncanakan oleh universiti dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan  UTM untuk bersama-sama ke arah pembudayaan kerja berkualiti berasaskan penerapan nilai-nilai teras UTM selari dengan Envision 2025 bagi melaksanakan misi dan mencapai visi UTM.

HQD Framework 2022

VIDEO

VIDEO PELANCARAN PIAGAM PELANGGAN

Bagi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan UTM seiring mendepani cabaran memenuhi kehendak pelanggan yang semakin kompleks,  Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UTM Bil. 18/2023, 31 Oktober 2023 telah meluluskan penggubalan semula Piagam Pelanggan Universiti Teknologi Malaysia bagi memastikan ianya relevan mengikut peredaran dan keperluan semasa. Penggubalan ini telah dibuat bersama wakil-wakil PTJ dengan bimbingan Felo High Performance Delivery (HPD) yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar.

Piagam Pelanggan baharu UTM menerapkan pendekatan nilai ke arah pembudayaan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi berasaskan penerapan nilai-nilai teras UTM (ISES). Melalui pendekatan ini, UTM dapat memastikan bahawa setiap interaksi warga Universiti bersama pelanggan akan mencerminkan nilai-nilai teras yang membina hubungan berpanjangan serta memberi manfaat kepada keseluruhan komuniti universiti. Ia turut disertakan dengan penetapan Service Level Agreement (SLA) yang menjadi komitmen UTM kepada para pelanggannya dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

Sebagai citizens of UTM, marilah kita bersama-sama memperkasakan sistem pengurusan penyampaian perkhidmatan universiti bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan berprestasi tinggi dalam  memenuhi kepuasan dan kegirangan pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan.

VIDEO PELANCARAN HQD

Standard People Practice (SPP)

Temubual HPD Bersama Staf & Pelajar

(Dilawati 1,395 kali, 1 lawatan hari ini)