ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN

PENGENALAN Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Jabatan yang telah menjalankan inisiatif berfokuskan kualiti dan menunjukkan impak yang signifikan kepada pelanggan. Kriteria yang diguna pakai adalah selaras dengan kriteria dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR) dan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) di bawah MAMPU.   KRITERIA PENYERTAAN Sembilan (9) Jabatan Induk Perkhidmatan di UTM DIWAJIBKAN menyertai Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) 2023. Jabatan-jabatan tersebut adalah

  1. Jabatan Canseleri
  2. Jabatan Pendaftar
  3. Jabatan Bendahari
  4. Jabatan Perpustakaan UTM
  5. Jabatan Perkhidmatan Digital
  6. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
  7. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
  8. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
  9. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Pusat-pusat Tanggungjawab (perkhidmatan) yang berada di UTM Johor Baharu, UTM Kuala Lumpur dan UTM Pagoh turut sama dinilai bersama Jabatan Induk masing-masing.   KAEDAH PENILAIAN AKP 2023 TAHUN 2024

  • Pembentangan penilaian mengikut konsep KONVENSYEN (secara fizikal).
  • Lawatan tapak akan dijalankan sekiranya ada keperluan untuk semakan penilaian.

FORMAT PEMBENTANGAN PELAPORAN AKP

  • Dalam bentuk slaid Power Point (Maksimum 150 slaid).
  • Jumlah 150 muka surat slaid dikira dari permulaan Kriteria 1 sehingga muka surat terakhir bagi Kriteria 3.
  • Jumlah TEMPOH pembentangan = 1 jam.
    • (5 minit – persediaan teknikal;
    • 30 minit – Pembentangan;
    • 15 minit – sesi soal jawab; dan
    • 10 minit – Penyelarasan oleh panel.)

KEPERLUAN URUSETIA & PANEL

  • 1 softcopy (emel kepada urus setia akzanariah@utm.my dan zarinah@utm.my).
  • 2 salinan hardcopy (2 slaid dalam 1 muka surat dan cetak depan belakang).

HIMPUNAN DOKUMEN AKP 2023 MENGIKUT PTJ (Kemasukkan ke pautan ini hanya dibenarkan kepada Pegawai tertentu sahaja.)

  1. Folder Dokumen AKP Jabatan Canseleri
  2. Folder Dokumen AKP Jabatan Pendaftar
  3. Folder Dokumen AKP Jabatan Bendahari
  4. Folder Dokumen AKP Jabatan Perpustakaan
  5. Folder Dokumen AKP Jabatan Perkhidmatan Digital
  6. Folder Dokumen AKP Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  7. Folder Dokumen AKP Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  8. Folder Dokumen AKP Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
  9. Folder Dokumen AKP Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Sila Klik – JADUAL PEMBENTANGAN AKP 2023

 

JADUAL PELAKSANAAN (Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)

BIL

PROGRAM/AKTIVITI TARIKH

1

Penyediaan cadangan Kriteria Anugerah 10 Disember 2023

2

Penghantaran softcopy cadangan kriteria Anugerah 12 Feb. 2024

3

Taklimat Kriteria Anugerah Kualiti Perkhidmatan kepada pihak Jabatan.  21 Feb. 2024

4

Iklan dan hebahan iklan Citra Karisma ke Web. 18 Mac 2024

5

Tarikh tutup penghantaran Slaid AKP 22 April 2024

6

Pra Penilaian  Anugerah Kualiti Perkhidmatan 25 April 2024

7

Konvensyen Anugerah Kualiti Perkhidmatan 14-15 Mei 2024

8

Mesyuarat Jawatankuasa Induk AKP 26 Mei 2024

9

Penyediaan Maklumat Finalis & Penerima Anugerah oleh Urusetia Anugerah 4 Jun 2024

10

Penghantaran maklumat Finalis & Penerima Anugerah kepada Urusetia Citra Karisma (write-up) 9 Jun 2024

LAMPIRAN

  1. Slaid Taklimat Garis Panduan dan Kriteria Anugerah Kualiti Perkhidmatan 2023.
  2. Borang Penyertaan – Tarikh tutup hantar borang penyertaan AKP: 29 Februari 2024.
  3. Senarai Semak Kriteria Anugerah Kualiti Perkhidmatan
(Dilawati 264 kali, 5 lawatan hari ini)