PEMUDAH UTM

 

 

 

  • Idea penubuhan PEMUDAH UTM adalah melihat kepada keberkesanan peningkatan mutu perkhidmatan sektor kerajaan yang telah dilaksanakan oleh PEMUDAH KERAJAAN mulai 7 Februari 2007 dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Sidek bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara.
  • Jawatankuasa Pemudahcara Sistem Kerja (PEMUDAH UTM) merupakan jawatankuasa kerjasama di antara Majlis Professor bersama Pejabat Pendaftar dan bahagian-bahagian berkuasa Universiti.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang diadakan pada 19 Disember 2008 dan diluluskan pada 7 Januari 2009 telah bersetuju penubuhan Jawatankuasa PEMUDAH UTM dan Mesyuarat Jawatankuasa PEMUDAH UTM yang pertama telah bersidang pada 14 Januari 2009.
  • Menjadi pemangkin kepada perubahan dan menjadi perkhidmatan lebih berteraskan pelanggan, inovatif dan proaktif.
  • Mengurangkan masa dan kos pengurusan Universiti melalui penambahbaikan pelbagai urusan pengurusan dan pentadbiran Universiti.
  • Memudahkan dan memperkemas Sistem Pengurusan dan Sistem Automasi Pejabat di Universiti.
  • Mempercepat urusan transaksi melalui kajian maklumbalas pelanggan dan mengurangkan karenah di setiap bahagian dan fakulti.
 

  • Mengkaji semula status sistem penyampaian perkhidmatan universiti dari segi proses, prosedur, undang-undang dan sumber manusia ke arah pemacuan dan penambahbaikan berterusan.
  • Mempelajari amalan-amalan terbaik dari Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti Antarabangsa lain bagi tujuan penandaarasan.
  • Membantu pemantauan pelaksanaan polisi, strategik dan prosedur ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian di universiti serta meminimumkan birokrasi di setiap bahagian dan fakulti.
  • Mengambil tindakan proaktif terhadap segala isu yang berkaitan sistem penyampaian universiti yang dibangkitkan oleh universiti.
  • Memperakukan sesuatu cadangan berkaitan proses kerja, sistem kerja, standard prosedur operasi (SOP) dan lain-lain kaedah berkaitan penyampaian perkhidmatan untuk dilaksanakan di universiti.

 

Tambahan kepada TOR diatas, perkara berikut perlu dipatuhi oleh urusetia:

  • Kekerapan Mesyuarat PEMUDAH diadakan adalah empat (4) kali setahun.
  • Keahlian Jawatankuasa PEMUDAH adalah seramai 20 orang.
  • Kehadiran Ahli Jawatankuasa seramai separuh daripada Jumlah Ahli Jawatankuasa adalah mencukupi korum dan boleh menjalankan mesyuarat PEMUDAH.
  • Boleh menjemput mana-mana orang/bahagian untuk sesi perkongsian ilmu dan lain-lain bentuk amalan terbaik.
  • Ahli boleh menghantar wakil bagi menghadiri mesyuarat.

 

 

 

Pelanggan yang ingin mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem perkhidmatan UTM boleh mengemukakan maklumbalas melalui:

PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Kertas kerja/laporan hendaklah mengikut format yang ditetapkan dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar.

Muat Turun Lampiran Format Kertas Kerja (*.doc)

atau@dan;

PENGISIAN BORANG MAKLUMBALAS

Borang Maklumbalas “Cadangan Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan UTM” boleh didapati di Page PEMUDAH UTM atau Laman Web Jabatan Pendaftar (https://registrar.utm.my). Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan kepada azlina@utm.my atau mohdsufian@utm.my atau melalui fax no: 07-5545755

Muat Turun Lampiran Borang PEMUDAH/01 (*.pdf) / Borang PEMUDAH/02 (Google Docs)

 

Ahli Jawatankuasa PEMUDAH UTM

 

PENGERUSI

Pendaftar

 

AHLI

Pengerusi Majlis Profesor

Pro Naib Canselor (Strategi)

Bendahari

Ketua Pustakawan

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Digital

Pengarah Jabatan Harta Bina

Pengarah Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko

Pengarah Hal Ehwal Korporat

Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Timbalan Pendaftar Kanan (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar)

Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Sumber Manusia)

                Timbalan Pendaftar Kanan (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa)

                Timbalan Pendaftar (Timbalan Naib Canselor Perkhidmatan)

Timbalan Pendaftar (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi)

Timbalan Pendaftar (Canseleri)

Ketua Pentadbiran, UTMKL

Timbalan Pendaftar, UTM Pagoh

Pegawai Undang-Undang (Pejabat Penasihat Undang-undang)

Ketua Audit Dalam

 

SETIAUSAHA

 

Timbalan Pendaftar (Bahagian Pengurusan Organisasi)

 

URUSETIA

Penolong Pendaftar (Bahagian Pengurusan Organisasi)

 

 

 

 

 

 

 

(Dilawati 988 kali, 2 lawatan hari ini)