6 Feb 2023 – Universiti Teknologi Malaysia – Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) merupakan satu inisiatif yang dirangka oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar bagi memastikan bakat diurus berdasarkan kompetensi yang di tetapkan dalam proses pengambilan, pembangunan, penilaian prestasi, kenaikan pangkat dan pelan penggantian.  Berbanding kaedah pengurusan bakat secara konvensional, CBTM merupakan pendekatan yang lebih bersepadu berdasarkan kompetensi yang menyokong pencapaian objektif strategik Universiti.

Dalam mendepani cabaran perubahan yang tidak menentu dan memastikan tenaga kerja seiring dengan perubahan ini, maka pengurusan bakat berteraskan kompetensi adalah sangat relevan.  Pengetahuan, kemahiran dan atribut yang berkaitan bidang tugas perlu sentiasa di tingkatkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan penghasilan kerja yang berprestasi tinggi.  Kamus kompetensi ini adalah wajah kepada UTM dan mempunyai penjenamaan nilai, identiti serta keunikan tersendiri yang memberi kelainan daripada organisasi lain. Ini merupakan bukti kesungguhan universiti bagi melahirkan warga UTM madani yang egalitarian, berilmu dan berbudaya tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin telah melancarkan pengurusan bakat berasaskan kompetensi UTM sempena lawatan kerja beliau ke UTM.

Sempena pelancaran berkenaan YB Menteri juga telah melancarkan BUKU ISES UTM iaitu nilai teras universiti iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian. Nilai merupakan elemen penting untuk terus dibudayakan seiring dengan inisiatif CBTM demi memacu kecemerlangan UTM yang lebih holistik bagi menyokong falsafah UTM ‘Kerana Tuhan untuk Manusia’. Buku ini dihasilkan oleh Jawatankuasa ISES yang dibentuk yang diketuai oleh Puan Nor Azizah Ismail, Pendaftar UTM.

Menurut Pendaftar, buku ini dihasilkan secara bersama bersama akademia dan staf pengurusan sumber manusia. Uniknya buku ini turut mendapat sentuhan mantan Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, YB Prof Dato’ Dr Kassim Thukiman iaitu di sinilah sinergi kami mengaplikasikan knowledge transfer dalam pengurusan sumber manusia.

Pelaksanaan CBTM juga telah secara langsung menggerakkan pelan penggantian untuk jawatan strategik dan jawatan kritikal Universiti. Kami juga telah menyuntik elemen kompetensi dalam pemilihan dan pengambilan staf, kenaikan pangkat dan pemilihan jawatan pentadbir akademik. Kerjasama strategik antara penyelidik, kepakaran pihak industri dan individu berpengalaman dalam pentadbiran korporat dan akademia akan terus diperkasa untuk membangun dan melestarikan UTM.

Penghargaan khas saya  juga kepada team CTLD Puan Noerwati Dolhaji, Puan Shiraz  Yasmin Muhidin, Puan Ili Ruwaida Md Yusof, Encik Mohamad Hairudin Shahari, Cik Maimunah Salleh,  Encik Azri Hohad, Puan Norly Mazlan, Prof. Dr. Jima’ain bin Safar, PM Dr Sharifah Hafizah Syed Ariffin, Prof Madya Dr Suresh a/l Ramakrishnan, Prof Madya Dr Adibah Abdul Latif, Prof. Madya Dr. Rohaya Talib dan Dr Beni Widarman Yus Kelana.

(Dilawati 408 kali, 1 lawatan hari ini)