Nilai Teras UTM adalah tanggungjawab warga Universiti

INTEGRITI (INTEGRITY)

Integriti menuntut kepatuhan terhadap nilai moral yang baik dan prinsip etika yang kuat.

 

SINERGI (SINERGY)

Sinergi menanamkan semangat berpasukan, kebersamaan, inklusif, kolegial, rasa hormat, kerendahan hati, kerjasama dan kolaborasi.

KECEMERLANGAN (EXCELLENCE)

Kecemerlangan ke arah prestasi dan penyampaian yang tinggi akan menghasilkan pencapaian yang luarbiasa dan luar biasa dalam semua aspek.

KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)

Kelestarian tercermin dalam dorongan holistik oleh komuniti kampus dalam mengintegrasikan dan menyeimbangkan bidang ekonomi, sosial dan persekitaran.

Jabatan Pendaftar menganjurkan Fiesta ISES UTM bagi mencapai objektif seperti berikut :

  1. Menterjemah penulisan buku “ISES Budaya UTM’ kepada pelaksanaan pembudayaan nilai teras UTM.
  2. Meningkatkan kefahaman berkaitan nilai teras UTM.
  3. Mewujudkan sinergi antara PTJ dalam melaksanakan Program Fiesta ISES.

Justeru, semua warga UTM adalah dijemput hadir bagi memeriahkan Fiesta ISES yang diadakan buat julung kalinya. Jom datang beramai – ramai !! Banyak aktiviti dan hadiah disediakan.

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti berikut:

  •  Pertandingan Monumen ISES
  •  Pertandingan Pop Kuiz
  •  Senamrobik
  •  Forum ISES
  •  Ceramah
  •  Kupasan Buku ISES: Budaya UTM 
  •  Treasure Hunt
  •  Food Truck
  •  Pameran ISES
  •  Cabutan Bertuah (Hadiah menarik disediakan kepada pengunjung bertuah)

*Mata CPD disediakan bagi slot tertentu

PELBAGAI PROGRAM TELAH DIATUR UNTUK ANDA SEMUA

HARI PERTAMA : Tentatif Program 19.12.2023

Masa Perkara
7.30 pagi – 8.00 pagi Pendaftaran Peserta
8.30 pagi – 9.30 pagi
  • Majlis Perasmian Fiesta ISES
  • Ikrar Integriti
10.00 pagi – 11.00 pagi Wanita, Hormon & Produktiviti
11.00 pagi – 11.30 pagi

Pertandingan

  • Pop Kuiz
  • Monumen ISES
11.30 pagi – 1.00 petang
  • Sembang Santai: Memaknai Nilai ISES
  • Cabutan Bertuah
1.00 petang – 2.30 petang Rehat
2.30 petang – 4.30 petang
  • Penyalahgunaan Kuasa di Universiti Awam 
  • Cabutan Bertuah
4.30 petang Bersurai

*Pertandingan Reruai Terbaik : Sepanjang Program

HARI KEDUA : Tentatif Program 20.12.2023

Masa Perkara
8.00 pagi – 8.30 pagi
  • Pendaftaran Peserta
  • Senamrama Fiesta ISES
9.00 pagi – 10.30 pagi
  • Bagaimana Kesihatan Fizikal Boleh Mempengaruhi Kesihatan Mental
  • Cabutan Bertuah
10.30 pagi – 11.00 pagi

Pertandingan

  • Pop Kuiz
  • Cabutan Bertuah
    11.00 pagi – 1.00 petang
    • Keberhutangan Yang Serius Di Kalangan Penjawat Awam
    • Cabutan Bertuah
    1.00 petang – 2.30 petang Rehat
    2.30 petang – 4.00 petang

    Kupasan Buku 

    • ISES: Budaya UTM
    4.00 petang – 5.00 petang
    • Majlis Penutup Fiesta ISES
    • Sesi Penyampaian Hadiah
    5.00 petang Bersurai

    *Treasure Hunt : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

      JOM SERTAI PERTANDINGAN
    SEMPENA FIESTA ISES 2023

    Klik butang dibawah mengikut kategori untuk melihat syarat dan kriteria pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

      JOM SERTAI PERTANDINGAN
    TREASURE HUNT
    SEMPENA FIESTA ISES 2023

    Syarat-Syarat Pertandingan :
    1. Penyertaan adalah PERCUMA!!!
    2. Terbuka kepada semua staf UTM (bagi peserta UTM Pagoh & UTM KL, penginapan dan pengangkutan ditanggung oleh PTJ masing-masing).
    3. Setiap PTJ/ Jabatan/ Fakulti WAJIB menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan atau maksimum 3 kumpulan sahaja. 
    4. Minimum Empat (4) orang / Maksimum Lima (5) peserta bagi satu kumpulan.
    5. Pasukan yang menyelesaikan pertandingan dengan cepat dan tepat akan memenangi hadiah menarik!
     
    Jadi, tunggu apa lagi? Segera daftarkan kumpulan anda sekarang juga dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan!!! Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman Treasure Hunt yang luar biasa.
     
    Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program, hubungi Urusetia Treasure Hunt iaitu En. Nasir Ithnin di talian 019-7282207 Pn. Arnizah Ismail ditalian 019-3341928

    Bila pertandingan ini berlangsung???

    Tarikh pertandingan :  20 Disember 2023 (Rabu)
    Masa                        :  8.30 pagi – 1.00 petang
    Lokasi                       :  Sekitar Lingkaran Ilmu, UTM Johor Bahru


    Bagaimana Anda Boleh Sertai???

    Tarikh pendaftaran    :  30 November – 7 Disember 2023
    Link penyertaan         :  TreasureHuntISES2023 @ Imbas Kod QR (Di poster)

     

    Membudayakan nilai teras UTM ke arah warga madani

    Sebarang pertanyaan berkaitan Fiesta ISES 2023, sila hubungi/ emel kepada : 

    UTM Kampus Johor Bahru:

    1. Dr. Dina Azleema Binti Mohamed Nor

              (013-391 1597/ dina@utm.my)

    1. Pn. Aisah binti Salleh

              (012-789 0517/ aisah@utm.my)

    UTM Kampus Kuala Lumpur:

              Puan Nurul Aizzah Binti Ahmad Razali

              (013-297 6405, aizzah@utm.my)

    (Dilawati 1,224 kali, 1 lawatan hari ini)