HEBAHAN RASMI : TATACARA PERISYTIHARAN HARTA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
- Sebagaimana Pekeliling Pentadbiran Bil. 27/ 2019, Prosedur Pemilikan Harta dan Perisytiharan Harta Universiti Teknologi Malaysia, semua staf UTM yang bertaraf lantikan Tetap, Sementara atau Kontrak lantikan Universiti hendaklah membuat perisytiharan harta. Staf yang gagal berbuat demikian sepertimana yang digariskan dalam prosedur ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 9, Jadual Kedua, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
- Ketua Jabatan juga bertanggungjawab untuk memastikan semua staf membuat perisytiharan harta sepertimana yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, semua staf perlu mengambil maklum tarikh penghantaran Perisytiharan Harta bagi membolehkan permohonan Perisytiharan Harta dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib (Perisytiharan Harta) seperti yang telah dijadualkan.
- Bersama-sama ini dilampirkan Poster Tatacara Perisytiharan Harta untuk rujukan dan hebahan di PTJ/ Fakulti masing-masing.
(Dilawati 69 kali, 1 lawatan hari ini)