Program Pemerkasaan Penggunaan MyDigital ID Bagi Warga UTM Melalui Telefon Pintar

MyDigital ID ialah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk transaksi dalam talian. Sistem MyDigital ID telah dibangunkan dan diselenggara oleh MIMOS sejak 2016, dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya dan mempunyai 32 Paten.

MIMOS adalah sebuah agensi strategik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sistem MyDigital ID mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat).

 

Pendaftaran secara atas talian:

1) Sediakan MyKad di sisi anda

2) Muat Turun Aplikasi MyDigital ID & pasangkan (install) aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda

3) Ikuti langkah-langkah berikut atau rujuk video “Pendaftaran Dalam Talian” di pautan https://www.digital-id.my/#daftar

4) Selepas melengkapkan pendaftaran, staf wajib memuat naik tangkapan skrin/screenshot sijil MyDigital ID melalui pautan Google Form di link https://forms.gle/MwUzwemnZBNi3nBt7 selewat-lewatnya pada 6 Disember 2024 (Jumaat)

 

Anda ada kemusykilan tentang MyDigital ID?

Rujuk senarai “Soalan-Soalan Lazim” dahulu di pautan https://www.digital-id.my/#daftar

& jika anda tidak menemuinya, emelkan ke info@digital-id.my atau hubungi 03-8687 2772.

(Dilawati 46 kali, 1 lawatan hari ini)