iGERAK (sebelum ini dikenali sebagai Staff Movement) merupakan sistem yang merekodkan permohonan dan kelulusan pergerakan staf untuk tujuan rasmi.

Objektif sistem ini adalah:

Memudahkan permohonan pergerakan staf.
Lebih fleksibel dalam pergerakan.
Memastikan pemantauan kehadiran yang telus & efisien.
Melalui penggunaan iGerak juga:

Staf tidak lagi perlu mengisi borang secara manual, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan kertas dan menyokong inisiatif kelestarian universiti.
Proses kelulusan menjadi lebih cepat dan telus melalui sistem bersepadu yang boleh diakses pada bila-bila masa.
Kerani Cuti tidak perlu lagi mengemaskini maklumat pergerakan secara manual, kerana rekod pergerakan akan diselaraskan secara automatik dan terus dipaparkan dalam Senarai Kehadiran Staf.
Pengurusan data kehadiran menjadi lebih tepat, selamat dan mudah dijejak, sekaligus mempertingkatkan kecekapan operasi pentadbiran sumber manusia.

Staf yang diarahkan atas perkara berikut boleh menggunakan iGerak:

1) Diarahkan Bekerja Dari Rumah
2) Diarahkan Menghadiri Kursus / Seminar/ Pembentangan Anjuran Luar
3) Diarahkan Menghadiri Bengkel atau Mesyuarat di Luar Ibu Pejabat
4) Diarahkan menghadiri Tugasan Khas Jabatan/ Rasmi Universiti dan Lain-lain Pergerakan.

iGerak adalah untuk merekod pergerakan staf dan bukan untuk merekod kehadiran bekerja kecuali bagi Bekerja Dari Rumah.

Permohonan pergerakan melalui iGerak boleh dibuat melalui:

1) Aplikasi UTMSmart: Mulai 1 Mei 2025, hanya permohonan BDR sahaja yang boleh dibuat melalui UTMSmart. Lain-lain menu akan mula dipaparkan selewat-lewatnya pada 1 Jun 2025.
2) Portal MyUTM: Semua jenis permohonan boleh dibuat mulai 1 Mei 2025.

Email manual berkenaan sistem ini telah dihantar kepada semua staf.

(Dilawati 12 kali, 6 lawatan hari ini)