PENILAIAN KENDIRI INDEKS KESEJAHTERAAN STAF UTM 2024

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti melalui Jabatan Pendaftar sedang melakukan kajian bagi mengukur tahap kesejahteraan staf UTM melalui Penilaian Kendiri Indeks Kesejahteraan Staf UTM 2024. Penilaian ini sangat penting bagi memastikan kesejahteraan staf berada pada tahap yang baik.

3. Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara dimohon untuk melengkapkan penilaian kendiri ini sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 September 2024 (Isnin).

4. Berikut adalah pautan web beserta Kod QR bagi mengakses penilaian kendiri ini atau terus ke https://registrar.utm.my/wbiutm/

5. Kami amat menghargai kerjasama warga UTM dalam memastikan kesejahteraan bersama terus terjaga. Kerjasama yang diberikan oleh warga UTM amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
 
Kami yang menjalankan amanah,
 
Unit Perubatan & Kemudahan Staf UTM
Bahagian Pengurusan Organisasi
Jabatan Pendaftar

Email Rasmi : perubatan@utm.my

 
Kemudahan Perubatan & Pergigian UTMJB : 07-5530130
Kemudahan Perubatan & Pergigian UTMKL : 03-26154231
Kemudahan Perubatan & Pergigian UTM-Pagoh : 06-9742804
Kemudahan Insurans Staf UTM : 07-5530130
(Dilawati 13 kali, 1 lawatan hari ini)