Dimaklumkan bahawa bermula tahun 2024, Universiti telah menetapkan bahawa pengisian KAI akan dibuka lebih awal. Ini bagi membolehkan penetapan KAI dibuat dengan lebih jelas dan objektif serta dapat membantu PYD dan Pegawai Penilai dari segi penilaian pencapaian KAI pada akhir tahun. 
 
Selaras dengan itu, sistem pengisian KAI telah dibuka bermula 25 Jun sehingga 31 Julai 2024. Semua staf PPP diwajibkan mengisi KAI di dalam tempoh yang ditetapkan dengan berbincang bersama Pegawai Penilai sebelum memasukkan KAI di dalam sistem Penilaian Prestasi. 
 
Sehubungan itu, satu sesi perkongsian Kaedah Pengisian KAI di Sistem ELNPT akan dilaksanakan seperti berikut: 
 
Tarikh : 02 Julai 2024 (selasa)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Medium : Secara atas talian WEBEX (Taklimat Pengisian KAI LNPT)
(Dilawati 4 kali, 1 lawatan hari ini)