Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat edaran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan No. Rujukan: KPT.500-9/2/4 (20) bertarikh 5 April 2024 adalah berkaitan dan dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Awam (MyPsyD) bagi mengenalpasti tahap risiko kesihatan psikologi staf. Pengenalpastian risiko tahap kesihatan psikologi ini membolehkan setiap pegawai mengekalkan kesejahteraan di samping mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian sekiranya tahap risiko kesihatan psikologi tinggi.
  1. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan hasrat mempromosikan kesejahteraan psikologi, semua staf UTM (status TETAP sahaja) adalah diwajibkan untuk melengkapkan profiling MyPsyD bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2024melalui pautan https://mypsyd.jpa.gov.my Walau bagaimanapun, sebelum pengisian MyPsyD dilakukan, Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara dimohon untuk mengemaskini data kesihatan kendiri di dalam HRMIS terlebih dahulu.  Maklumat lanjut tatacara pengisian boleh dirujuk seperti di LAMPIRAN A. 
  1. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara menghubungi Puan Siti Noraishah binti Mohammad Ramlan di talian 07-5530428 @ snoraishah@utm.my. Kerjasama dan perhatian saudara di dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
(Dilawati 102 kali, 1 lawatan hari ini)